Sorry Zuris

Alor Zuris...janganlah terasa pulak dengan entry aku semalam. Aku tak kata pon salah kalau kita fikir bukan-bukan tentang 2nd pregnancy kita. Maybe ianya hormon. Dan pd aku ianya normal sebab bukan kes ko aje yang aku dengar terjadi macam tu. Ramai lagi kengkawan lain yang ada perasaan sama. Officemate aku pon ada. Who knows bila tiba masa aku sok, aku pon berfikiran yang sama kan? Thats y aku doa pd Allah moga bagi aku kekuatan & ketabahan utk menghadapi kehamilan yang seterusnya nie. Aku pon manusia biasa dear. Kalau takde bantuan Allah, mana mungkin aku boleh jadi tabah kan?

Dan kalau kes yang sama terjadi pd aku juga, sila jangan gelakkan yer. Ianya normal =B At least for me its a normal feeling for 2nd time pregnancy lah. Maybe for the 3rd time dah takde kot perasaan gitu. Wallahualam.

So entry aku pagi nie selain memberi penjelasan pd Zuris yang sedang hamil anak kedua (congrats dear), adalah nak letak gambo budak berambot baru kat bawah neh. Tetibe lepas amek gambo rasa macam tak bape nak comel pulak rambut dia tu. Hehehe. Sebab rambut depan tu potong pendek sangat kan? Anje pon kata terlalu pendek. Tp bg aku comel aje sbb dia budak-budak. Kalo orang tua cam aku potong gitu memang lah huduh buang tebiat orang kate. Hahaha.

Kejap aje rambot depan dia nie akan panjang.Takde hal kan Naurah? ^_^



 



By the way, Naurah sekarang bukan suka sangat bergambar. Lansong taknak tengok camera. Jenuh lar aku panggil nama dia soh tengok ker aku. Buat dono aje dia =.="



Popular Posts