Suami & Anak

Hoyeahhh!! Malam tadi dah masak asam pedas daging ^___^ Tapi ceritanya dalam 2nd n3 utk hari nie lar yerp. Kamera tgh charging. Takde gambo tak syok lah nak cerita kan?

So n3 pertama aku utk pagi nie adalah berkisar tentang habi ngeh ngehh. Pd sesiapa yang dah jadi isteri, mesti setuju bila aku cakap akan sentiasa ada sisi suami kita yang baru kita ketahui. Tak kisahlah dah kawen 30-40 tahun ker. Kita sentiasa belajar & mengenali diri pasangan kita. Tak semuanya kita tahu/faham tentang diri dia dalam 1 jangka masa yang singkat. Tidak sama sekali. Believe me! Mak aku pon mengakuinya hehehe...

Pada aku kalau setakat sisi baru yang biasa-biasa contohnya baru tawu rupanya bila dia makan roti berinti, kena dileperkan dulu roti tu dgn tapak tangan pastu baru makan, memang takde hal lah kan. Seronok pulak bila tengok kejadian yang agak jarang dijumpai tp dimiliki oleh suami. So being me, aku pon suka mencuba benda baru yg agak pelik itu. Merasai & mengalami sendiri apa menariknya tabiat suami tuh. Its fun actually =)

Dalam pd masa yg sama, aku berdoa juga tiada sisi baru suami yang tak dapat den nak menerimanya. Huhuhu. Contohnya baru tawu rupanya pd waktu malam dia suka berpakaian spt perempuan. Euuwwwww. Ngeri hokeh! Aku teringat tentang nie sbb ada berlaku kes sebegini. Last week kot baca kat paper metro. Habi, tolong jangan ada sisi negatif macam ini. Ini adalah 1 amaran keras!

Bajet comel lar tue.....hehehe...

Minggu depan akan genap 3 tahun kami berkahwin. Rasa mcm baru aje lagi. Naurah pon sudah sangat big girl. Last week abah cerita dgn aku yang dia terkejut bila Naurah dah hafal jalan area rumah kami tue. Bila abah menghala ke jalan spt mahu ke taska dia, bertanya dia pd atok 

" Atok nak pergi sekolah Naurah ker? "

Padahal abah nak pergi kedai beli top up kat 7E. Kehkehhh. Bila dah nak sampai rumah balik, dia berkata lagi 

" Haa...dah nak sampai rumah Naurah dah. Rumah Naurah ada kat sana tu..."

Terkojot lah sang atok melihat cucunya yang baru 2 tahun 2bulan+ itu sudah menghafal jalan. Maybe dia teringat waktu anak-anaknya sekecil itu dulu, 1 hape pon tak tawu kot. Hahaha.

Aku ada teori aku sendiri tentang kanak-kanak zaman skrg. Aku tak fikir Naurah tu bijak mengalahkan budak2 seusia dia. Aku rasa budak2 seusia dia sama aje bijak mcm dia jugak. Betol tak? Cuma orang-orang lama macam parents kita nie agak terkejut sebab membandingkan cucu dgn anak diorang zaman dulu. Zmn dulu aku rasa usia belum 2tahun, aku tak pandai pon kira 1-10. Hahaha. Tp budak2 zmn skrg pandai aje kan?

Pd pendapat aku, Allah jadikan kebijakkan otak manusia nie seiring dgn kemajuan hidup manusia. Semakin advanced teknologi, semakin bijak juga otak manusia. So Naurah tu lebih kurang aje dgn budak2 seusianya yg lain. Takde special mana pon. Aku pon taknak mengharap apa-apa pd dia dr segi kebijaksanaan tuh.

Yg aku berharap cuma dr segi akhlak dia. Biar dia terdidik dgn akhlak kanak2 Islam. Hormat ibu bapa, suka solat & membaca al Quran. Itu lebih penting pd aku dr harapan nk dia jadi doctor 1 hari nanti. InsyaAllah.

Dr cerita tentang habi, tetibe cerita psl Naurah HEWHEWW

Besar kan stoberi tue? Puas makan hokeh! ^____0
 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat