TV Series & Naurah Addictions


Korang tawu tak bahawasanya pelakon lelaki yang paling aku minati ialah Fahrin Ahmad ^____^

Aku rasa dah lama sangat dia tak kuor dlm drama kt tv3. Aku pon dah lama tak ikot drama bersiri petang-petang tu selepas Tentang Dhia. Tup tup nampak iklan drama terbaru Seindah Sakura. Then nampak muka Fahrin Ahmad? Dan Fashya Sandha? Gandingan yang mantopp gak neh. Terbaekkk!!! Hehe....

So kembalilah aku tercokoh di depan kaca tv lepas balik kerja. Cuma at times kena skip lar jugak sebab nak pergi Giant ker pasaraya mahu beli barang dapor whatsoever. Cthnya episod semalam. Dek kerana makan kat luor, maka memang sah-sah akan miss itu cerita. Sekali sekala takpe kot hihi

Tapi dlm cerita nie Fasha Sanda nampak berisi lar pulak kan? Ini sebelum dia diet nak kawen kot. Sbb masa kawen Jejai ritu nampak selim aje dia. Huh!


Selain cerita nie, aku & habi juga mengikuti cerita di channel 393 One HD. Fashion King. Drama korea. Hehu. Habi kena sampok kot masa training kat Seoul sampai beriya tengok cerita nie dgn aku. Haha. Aku suka tengok cerita nie sbb byk baju lawo-lawo & model yang kurus murus. Takpelah walau diri sndiri mcm gajoh huhuhu...


Kat Star World pulak 711 aku suka tengok cerita Revenge. Cerita nie sepatutnya ditayangkan every Monday & Tuesday 10.45pm. Lewat sangat bagi aku. Tp yang bestnya pd hari esoknya ada ulangan pukul 6ptg. So klu sempat sampai rumah cepat, dpt lar tengok. Baju Emily & Victoria dlm cerita tu lawo-lawo. Orang kurus pakai apa pon lawo aje. Jeles. Huhu

Semua cerita yang aku suka nak tengok nie bukannya dpt tgk sangat. Lebih-lebih lagi bila ade budak kecik dok ulang cakap ' ibu, nak tengok kartun!'. Kalo aku buat dek aje mmg sampai menangis budak kecik tu. Wahahha. Kadang aku saje buat hati keras takmo mengalah dgn dia. Bajet semua yg ko nak ko boleh dapat ker Naurah? Pengajaran jugak utk dia sbnrnya hehehe (pdhal mmg taknak mengalah =P)

Tp klu habi dah bising kt aku, takde aroh kena tukar channel 613 lar jugak. Nyampah! Pastu dh tukar aku pergilah dapor ke naik atas ker. Tetap jugak ada makhluk kecik tu ngekor bontot mak dia. Alahaiii....ko memang addicted to ibu kan Naurah? Bila aku mandi pon dia nak mandi sama. Asal aku ada, mmg dia ngekor manjang. Kdg rimas jgk dibuatnya. Takde masa utk diri sndiri walaupon nak memerot =.=" Siryes aku tak tipu. Klu aku x bwk masok dia sama, dia akan nangis depan pintu toilet sampai aku keluar. Nak memerot pon tak senang hokeh! Bikin mak stressss

Aku tawu dia rindu kat aku sbb seharian aku kerja. I know that damn too well. Tp sekali sekala bagi lar chance kat aku kan? Ayah tu ada aje selalu nak melayan dia. Taknak pulak dia ngekor. Ibu tawu lah ibu nie memang ibu yang super best. Tapi hagak-hagak lar Naurah oiiiii!!!!

p/s: itu belom bab tido atas lengan aku sampai kepagi. siap pelok tgn kaki dia atas aku. klu aku bangun nak kencing pagi2 bute pon boleh terjaga merengek nak ikot. bikin panas gak kkdg tu...grrrr

p/s2: korang tawu kan aku dulu x direct breastfeed ke Naurah. aku ingat maybe itu akan menyebabkn Naurah kurang attached dgn aku. takot & sedih lar jgk dulu. tp tengok keadaan skrg neh, meleset dah tekaan aku tuh. paroh weyhhh huhuhu

p/s3: deep down in my heart, tetap ada rasa bangga sebab terasa diri ini sangat diperlukan ^____^ i love u no matter what Naurah. ibu doa Allah bg kesabaran tahap maksima utk layan awak hokeh! hihi

Muke poyo haha




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat