Ujian Yang Melanda

Ya Allah.....berikanlah aku kesabaran, kekuatan & ketabahan ketika menjalani kehidupan di dunia ini.

Bukan senang nak buat perkara yang baik. Kita akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian. Dari last week lagi aku dah nekad nak start balik puasa sunat yg dh lama ditinggalkan. Semalam sudah berjaya sehari. Tapi lepas iftar, perot aku sakit lain macam. Agaknya perot terkejot kot sbb dh lama sgt tak berpuasa. Seb baek tak lama lepas tu perot dah okay. Thanks habi sebab tolong basuhkan 'kueh' Naurah. Tak larat nak basuhkan semalam.

Pagi tadi pukul 3.30am Naurah bangun mintak makan nasi. Sbnrnya sblm tido tp dh dlm bilik tido, dia dah mintak nasi. Tapi kdg2 dia memang saje jer buat peel ngada-ngada. Bila aku layankan, amek nasi bagai, dia taknak makan pon. Saje menguji kesabaran aku kowt. So aku & habi tak layan lar permintaan dia sebelum tido tu sbb dh bbrp kali terkena. Tp bila 3.30am dia bangun, duduk & menangis ckp nak makan nasi, aku terus rasa kesian sbb maybe mmg dia lapar sblm tido tu lagi. Lagipon dah memerot lepas maghrib tuh.

So dgn penuh kesabaran, aku pon dukung dia bwk turun bawah, goreng telur mata sebiji spt yg dia request. Macam hape jer pukul 3.30am goreng telur kan? Haha. Bukak channel kartun, dia pon makan dgn selera. Lepas makan aku buatkan dia susu. Sampai atas, dia taknak minum susu. Guling-guling dlm 10 minit, dia request nak air masak pulak. Kali nie aku dh tak larat. Kejut habi soh layan karenah tuan puteri pulak. Jam masa tu dh 4.20am. Tak lama jer lagi aku nk kena bangun & bersahur.

5.00am jam berbunyi & aku pon turun dgn kemamaian yg bersisa. Sahur, minum susu & solat Subuh. Baring semula atas katil tido-tido ayam sampai pukul 7.00am. Tuan puteri pon dah terjaga ajak mandi. Pagi nie nak mandi dgn ayah taknak dgn ibu. It just that dek kerana tido yg terganggu tuh, perot rasa tak berapa sedap sampailah skrg nie. Tekak pon ada rasa aloya-aloya gitu. Bukan sebab preggy kowt. Tak buat test lagi so takot aku psiko diri sendiri jer membayangkan diri nie preggy walhal maybe tak.

Power of mind. Klu kita asyik fikir samada kite preggy, kadang simptom preggy tu memang akan terjadi walaupun hakikatnya tidak preggy pon. Aku dah banyak kali rasa kowt dalam tempoh 2 years+ neh. Poyo aje. Hahaha

Whatever it is, aku harap tak berapa lama nanti perut nie akan biasa dengan rutin puasa neh. Tak lama jer pon lagi Ramadhan nak menjelma. So harus prektis drp skrg utk memudahkan aku menjalani ibadah puasa sepenuhnya (InsyaAllah) nanti.

p/s: habi skrg sweet aje mcm nak protect perut aku drp diguna-gunakan Naurah utk dipijak, ditepuk & seumpamanya. maybe dia pn dh membayangkan adanya benih di dlm rahim sana ^____^ apa pon result upt  nanti, aku akan sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah =) korang jangan risau yer klu aku tak preggy. i'm all okay jer ^___^ keyakinan tu mmg hanya pd Allah....just be happy & pray for the best for me. thanks =D

Teruk ibu kena buli dengan awak lately neh....








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat