Aku Nak Cat Dinding Rumah Plis!

Hahaha. Tak menahan Intan sampai betulkan ejaan anyeonghaseyo haku. Kehkehh. Thanks anyway my fren. Aku pon main bantai aje taip tuh. Asal ade bunyik dia sudaaaa kohkoff =P

Hujung minggu nie kan, aku takde apa-apa agenda taw. Kak Ya pulak balik Johor sebab ada kursus haji perdana. Teros mati kutu nak rayau kemana. So aku pon suggest lar kat habi buat aktiviti kat rumah. Plus plan nak buat langsir utk hari raya sok kat Kamdar. Dah molek sangat kalau buat dari skrg. Dulu buat dalam 3 minggu lar baru siap. Tapi Kamdar takde sale dah skrg. Kat Nilai pown not bad kowt klu nak buat langsir harganya tuh. Maybe boleh ushar tempat yang dekat dulu.

Aktiviti kat rumah yg aku plan nak buat ialah mengecat. Hehehe. Lama dah niat nie tertangguh pasal weekends selalu aje sibuk dengan pelbagai aktiviti. Kadang ada wedding, kadang pergi holiday & kadang malas =P Since next weekend nie mmg free, dan aku pon dah ushar kat website Nippon tentang camne nak cat dinding jadi cam wallpaper, so rasa teruja tu memang dah ada. Tinggal nak pergi beli & gotong royong buat sama habi.

It just that aku suggest kami buat kat our master bedroom dulu sblm try kat our living hall. Takowt hasilnya hampeh, at least kami aje yg nampak. Takdelah semua org yg datang rumah boleh gelakkan kami nanti. Hebat kan otak aku berfikir? =D

Habi nie certain things dia memang boleh diharap & senang nak bagi kerjasama. But certain things mcm idea mengecat aku nie selalu aje dia pandang sepi. Macam takde passion. Macam naktaknak aje melayan idea-idea bernas aku neh. Sedih jugak kekadang tu dibuatnya. Tak best taw kalau kita nak buat sesuatu dgn berkobar-kobar tapi takde support yg kita harapkan. Feedback yang tak spt diharapkan tu buat hati kita pon turut sama mati. Down.

Aku pulak jenis suka buat semua benda kalau boleh nak dengan dia. Kalau dia takde sama, aku pon jadi layu. Takde semangat. Aku bukannya apa. Rumah tu kan seeloknya apa pun interior biarlah hasil persetujuaan bersama. Kang klu aku buat suka hati aku, dia tak berkenan, tak best jugak jadinya kan? Haihh...dilema wanita sungguh situasi aku skrg neh!

Aku dapat bayangkan seronoknya mengecat wall sama-sama suami isteri. Dengan pengacauan dari budak kecil tu sekali. Mesti meriah aje suasana ^___^ Malangnya habi tak dapat membayangkan itu semua. Imaginasi dia terlalu cetek. Kehkehhh. Takpe, aku akan usaha dulu bagi dia teruja sama. Atau adakah dia kurang teruja sebab dia yg banyak kena keluar duit beli segala macam benda? HAHAHAHA. Takpe, aku akan siasat dulu kes ini dengan lebih mendalam. Korang tunggu........ngeeee.....

Takpe..kalau rasa down tepek aje gambo anak. Hepi teros mak noks!



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat