Baby Cute 2012? Jangan Harappppp!

Ishkk...aku lupa nak cerita perihal hari Sabtu lepas kat PKNS Bangi. Ada satu kejadian yang sangat luar dari kebiasaan kami. Hehehe. Memang tak rancang pon. Kebetulan masa masuk je PKNS ade nyonya cina hulur pamplet kat habi tp habi declined said no thanks. Aku pulak cam curious pamplet ape pulak tu? Then nampak ada ruangan cam photoshoot utk kanak-kanak. Eyh..masuk contest ker nie? Apasal takde orang? Memang pelik rasanya..

So aku pon ngendeng-ngendeng g kat tempat tu then adalah sorang bdk ppn melayu approach soh masok contest baby cute of the year. Brand Johnson & Jonhnson kowt. Aku tak ingat pulak. Haha. Syarat penyertaan adalah ada anak yg lahir after August 2009 klu tak silap & beli barang J&J berharga RM10 keatas. Lepas yakin syarat dipenuhi, aku pon beli mandian kanak-kanak rege RM10.90. Nampak sangat nak masok pertandingan aje kan? Kohhkofff

Lepas bayar, isi borang & kami jalan-jalan dulu sebab photographer tengah pegi makan. Disuruh dtg around 3pm. Masa tu baru pukul 1.30ptg. Sokay la sebab tujuan asal nak cari sandal baru habi aje. Kunun cari sandal habi..end up aku beli blouse & kasut kat Billion +___+ Duit aku lar jugak yg kopak kan? Habi as usual memang cerewet sket lar bab beli bebarang dia tu. So semuanya tak berkenan. Malas dah nak layan. Seb baek beli gak barang2 aku. Klu tak mmg rasa nak amarah aje hihi

Tepat pukul 3ptg, kami turun kebawah & nampak dah ada budak lelaki amek gambo dgn diagah-agah omaknye. Budak tu macam 1 tahun lebih lar. Best je tengok dia senyum-senyum mak dia agah. Aku pon tengok muka Naurah T___T masam mencuka sambil memegang kuat baju aku. Dah tau dah. Kompem penakot budak nie. Dia mane boleh tengok orang ramai-ramai tak kenal neh. Terus jadi kaku diam 1000 bahase. Itulah anak aku yg klu kat rumah potpet tak berhenti bercakap macam org dh besor sgt. Macam perangai ayahnya jugak -.-

Bila turn Naurah, aku pon try la buat macam-macam cara nak bagi dia senyum. Ada budak-budak yg keje kat Billion 2-3 org datang utk tolong aku masa tu. Orang yg melihat pown dok kata..comelnya...comelnyaaa. Ahhh..semua itu takde guna kalo anak buat muka macam baru lepas kena marah yer. Lepas a few snaps, aku surrender teros. Tak kuasa dah nak jadi badut sedangkan anak macam takde perasaan.

So itulah cerita sedih yang aku nak cerita kat korang. Ada anak orang kata comel pown, klu takde bakat nak masok tv ke ape, tak payahlah kita nak paksa-paksa deme. Terima ajelah seadanya. Aku mmg dh teka Naurah jenis tak fotogedik. Cuma bila try sekali nie aku memang confirmed sesangat lar telahan aku tu memang benar belaka. Lepas nie takpayah dah nak try join mana-mana contest. Tak kuasa dah haku -.-

By the way 23hb ni kowt boleh amek gambor yg deme dpt snap haritu. Macam malas je nak amek sbb kompem tak lawo. Masam mcm cuka. Haha. Klu balik Semenyih boleh lah singgah amek. Klu semata nk pergi amek tu mmg takde larrr. Byk gambo2 dia yg lebih comel dlm simpanan aku kowt =P

Sekian, kisah ibu yang sedih sebab anaknya tak mesra alam di depan orang ramai. Punah hrpn ibu nak anak jd Baby Cute of The Year 2012 kohhkofff =P

Kalau ko senyum macam nie je pon ritu ibu dah puas hati taw sobsobs -.-

p/s: puas kena gelak dgn habi sbb aku beriya benar nak join. alorr...sebab x ramai orang ajelah. cer klu ramai, tak kuasa aku nak cuba =P

p/s2: klu Naurah masih belum faham situasi cam masa dia photoshoot 11 bulan dulu maybe keadaan tak jadi mcm nie hahaha. tak puas hati lagi tuuu...







Popular Posts