Belum Sihat Sepenuhnya

Demam Naurah tak baik betul lagi. Maroh gak aku kat habi sebab pagi semalam dia tak bagi ubat kat budak tu. Katanya sbb budak tu kamok-kamok taknak tukar diaper, taknak mandi, taknak makan & semuanya lah. So dia cuma dapat bagi makan ubat on 11am. Lambat sangat dah tu. 12 hours after last ubat diberi. Patot naik balik panas badannya T_T

Malam tadi pon tak makan ubat liquid. So aku masukkan ubat montot & alhamdulillah pagi nie tak panas badannya. Tp aku tetap bekalkan ubat kat taska & suruh Anje bg dia ubat liquid ikot masa. Harap budak tu tak lupa bagi.

By the way masa nak tido tu aku pon sponging la badan budak tu sikit sbb panas. Ada 1 scene yang buat hati aku sayu sangat-sangat. Tersentuh hati sebagai seorang ibu. Bukan senang aku nak ada feeling-feeling macam nie. Tapi malam tadi Naurah memang berjaya buat aku sebak.

Budak tu mana suka kalau aku sponging kat dia. Aku faham. Dia rasa sejuk walhal badan dia kita rasa panas. So bila tuala basah kena kat badan dia yang sememangnya kesejukkan, of course akan rasa sangat terseksa kan? Tapi takde cara lain boleh buat pon. Nak taknak aku kena keraskan hati kalau nak dia cepat sembuh. So aku pujuk-pujuk jugaklah dalam dok sponging dia tu. Tapi bila dia bersuara berkata

" Tolong Naurah ibu....tolong..."

Ya Allah. Tuhan ajelah yang tahu betapa sayunya aku rasa masa tu. Aku tahu dia sakit & rasa tak sedap badan. Tapi apa ibu boleh buat nak? Kalaulah ibu boleh tukar tempat dengan awak masa tu, memang ibu sanggup sangat-sangat. Ini ujian penyakit Allah utk awk. Bukan utk ibu. So awak kena kuat & sabar hokeh! T_T Ibu doakan awak cepat sembuh. Itu aje yg ibu mampu buat.

Dah sihat sok kite main-main kat taman nie lagi k! Ibu sayang Naurah!





Popular Posts