Cepat, Lambat @ Tiada Lagi

For those yang dah lama mengikuti blog aku nie, rasanya dah tawu sangat yang aku & habi sedang dlm proses nak mendapatkan anak yang kedua. Habis bulan June ni, bermakna dah 2 bulan proses tu berjalan. So far masih takde good news lagi. Period aku pon datang awal bulan. So tak tawu lagi adakah result masih gagal spt percubaan yang pertama dulu. Kite tunggu & lihat ajelah bulan July nnti guane =)

Sejujurnya, takdelah hebat mana usaha kami utk conceive lagi neh. Tulis aje kunun 'bekerja keras'. Tapi hakikatnya takde apa yang luar dr kebiasaan pon usahanya tuh. Lebih kurang macam masa taknak conceive dulu aje. Nothing special. Thats y masa 1st time result dh gagal tu, aku takdelah terlalu kecewa. Sbb tawu usaha tu tak sekeras mana. Lebih-lebih pulak habi pon seminggu takada sbb out station ke Korea. 

Aku bajet bulan June akan lebih gigih. Tapi rasanya masih biasa-biasa jugak. So mcm mane nk cakap ek? Redha ajelah dengan ketentuan & takdir Allah. Kalau pon usaha sekali dlm sebulan, kalau Allah kata 'kun' maka 'fayakun' la jugak kan? Semuanya bergantung pd Dia. Kita cuma boleh usaha tp keputusannya tetap milik Allah. Dan aku tak pernah tak yakin dgn segala yang terjadi. Sbb semuanya atas kehendak Dia. Jadi ke tak jadi ker, Dia yg izinkan. Habis cerita.

Dalam fikiran aku, terfikir juga what if hanya Naurah sajalah rezeki anak yg Allah takdirkan pd kami. Ianya tidak mustahil bukan? Perempuan mmg suka kowt fikir bermacam kemungkinan. Aku takdelah sampai runsing tak tido malam fikir pasal anak semua neh. Cuma terfikir macam tu aje. So aku pown cakaplah pd habi tentang apa yang terdetik dlm fikiran aku. Dlm pd masa yg sama, dpt jugak tawu fikiran habi macam mana kan? Dapat lebih memahami atr 1 sama lain =)

Well, habi kata kalau dah itu takdir Allah pd kami, dia tak kisah. At least kitorang patut bersyukur ada jugak sorang anak buat tumpang bermanja & bergelak ketawa. Cer bayangkan orang yang lansung takde anak tuh. Lagi sedih kan?

Alhamdulillah. Syukur sangat sbb habi pon berfikiran mcm aku. At least we have clear things out. Tak payah nak runsing tak tentu pasal lagi. Takpayah nak rasa pressure whatsoever. Yakin sajalah pd Allah, apa pon yang terjadi, itulah yang terbaik bagi kami. InsyaAllah.

Cepat, lambat atau tiada lagi. Hanya kepada-Mu kami berserah....


p/s: maybe entry ni hanya sesuai utk anda yang open minded. for those yang tidak, i don't give it a damn. just respect other people minds yeah. no offense. this is just a story about my life. not yours =) respect each others & don't judge people by their writings only.





Popular Posts