Hal Perihal Rumah - Part II

OK. Selamat dah mengemas rak kabinet dapur yang baru. Rasa best aje sbb ada barang baru. Pastu nampak lebih kemas tersusun dapur itu. I loike ^___^ Aku & habi sama-sama gotong royong mengemas segala khazanah yg ada. Gambor aku tak snap sbb camera haku tertinggal kat rumah Kak Ya last weekend. Padahal bajet nak upload gambo Naurah main swimming pool kt sane masa tu. Nampaknya jadi entry basi la masa dpt balik camera tu sbb plan balik kesana bkn minggu ini tp minggu lagi satu.

Maybe boleh pinjam camera habi je kowt snap gambo dapor berwajah baru tu. Nanti-nanti lah yerp!

Hari nie aku plan nak ajak habi singgah ke Kota Warisan. Mahu riki-riki cat utk our feature wall kat living room & feature wall utk master bedroom. Hari tu nampak ada kedai cat Nippon kt sane. Dalam otak aku nie masih berangan nak buat cat ala-ala hasilnya mcm tampal wallpaper. Tengok video dia mcm senang aje kan. Cuma kena beli barang keperluan dia sekali lah. Klu berjaya beli, weekend nie dah boleh start kerja. Teruja rasanya =)

Seronok sebenarnya bila buat kerja-kerja utk mencantikkan rumah neh. Aku rasa happy & puas hati sangat bile tengok outcomenya. Itu kalau outcome nya lawo la kan? Hahaha. Buat masa nie aku masih puas hati lar. Cuma kadang perlu diperkemaskan lagi aje. Mood mendeco sempena menjelang aidilfitri sudah membuak-buak. Seb baek duit pon masih ada. Kalau takde duit, nganga ajelah yerp. Kehkehhh....

Sabtu nanti kami nak ke Kamdar, Kajang. Mau tempah langsir yang sudah 2 tahun tak bertukar. Kalo ikotkan aku, mmg tiap tahun nak bertukar. Tapi habi kata 2 tahun sekali aje. So aku pon wife yang menurut perintah ajelah. Pasrah. Lepas g tempah langsir, nak ajak habi ke Romantika pulak. Nak cari gambo deco-deco utk tepek kat dapor. Bile dapor nampak kemas, terus rasa nak hang wall deco barang 2-3 pieces. Excited.

Kite tengok lah hari nie berjaya pergi beli cat atau pergi beli carpet kat Nilai 3. Atau kedua-duanya boleh dilakukan serentak? Hahahha...tak penyabar punya olang. Apa-apa pon semuanya bergantung pd driver. Habi, please be good to me today ^____^




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat