Happy Married Life Ropez!


Sori kawan sebab lambat update pasal wedding ko nie. Dah sebulan kowt berlalu kan? Hehehe. Lupa dong! So macam mane jadi isteri orang? Best kan? Aku rasa kan masa baru-baru kawen dulu, kawen nielah kehidupan yang paling sempurna sekali sejak menjadi manusia neh. Kehidupan berkeluarga. Terasa sangat diberkati Allah, fikiran & hati menjadi tenang setenangnya. Sekarang pon aku masih rasa begitu. Malah lebih bahagia & seronok sebab dah ada permata hati si anak nan sorang tu. Its like a perfect life on the earth. Terima kasih Allah =)

To Ropez, aku doakan ko sentiasa berbahagia dlm kehidupan berumahtangga. Sentiasa berbincang & bertolak ansur dengan suami dalam apa hal pun. InsyaAllah semuanya akan lebih bermakna. Kemesraan atr suami isteri tu kena sentiasa dibajai. Jangan sampai timbul rasa bosan. Berusahalah utk kebahagiaan rumahtangga okay. Don't take it for granted hanya sbb kita dah sah jadi suami isteri. Hiasi kekurangan diri kita dgn menonjolkan kelebihan yang kita ada. Then it will be like perfect ^___^

Moga rezeki anak pertama utk ko akan cepat sampai. Doakan rezeki anak kedua utk aku jugak yerp. Boleh anak kita sama tahun masuk sekolah sok. Hehehe. Last but not least, all the best my best friend =)










Popular Posts