I Love To Cook. But.....

Nak tawu ape terjadi petang semalam? Terus balik rumah pastu keluar pergi pasaraya Zemart beli barang dapor. Takde pown pegi beli cat & karpet. Kesian haku T__T

Lepas shopping, pegi Mydin solat maghrib & berbuka nasi kandar lauk ayam goreng. Itu aje huhuhu.....

Bukan semua benda yang kita plan akan berlaku kan? So pasrah ajelah weyh. Nama pon hidup berkeluarga sekarang. Bukan boleh ikot kehendak hati kita keseluruhannya. Kena ada approval dr suami & kena ada pertimbangan utk anak. Takpelah....nama pon nak jadi isteri solehah & ibu mithali kan? Be happy Sharena! ^___^ Senyummmm......

So lauk basah semua dah ada, makanya hari nie & esok kena masak lar jawabnya utk berbuka. Lauk yang sepatutnya masak petang semalam akan jadi lauk utk hari ini. Siakap 3 rasa, kcg buncis goreng & telur dadar. Tak sabar pulak nak tunggu petang & masak-masak. I love masak-masak. Tapi jadi tak love kalau habi asyik kacau nak masak sama-sama. Hahaha....

Aku sebenarnya kalau nak masak nie suka sorang-sorang aje. Lebih pantas aku bekerja & lebih sedap rasa masakannya. Ecehhh.....mandai aku je kan sedap. Sedap kat tekak aku larrrr. Haha. Kadang aku tengah bersemangat nie nak masak sesuatu lauk tu kan, tp habi sebok nak tolong potong bawang lar, nak potongkan sayur larrr.....aku jadi mati teros mood tu.

Teros macam....abang jelah masak sorang! Baik aku g tengok tv Desperate Housewives Star World.

Sebab kan, cara aku & habi masak agak berbeza. Dia ada cara dia, aku ada cara aku. So bile aku tgk dia masak tak ikot cara aku, aku jadi menyampah. Takot masakan jadi tak sedap kowt. Hehe. So lebih baik aku undur diri, biar dia masak sorang-sorang spy aku tak sakit hati. Boleh gitu? =P

Tp bila mengenangkan masak sama-sama nie boleh mengeratkan silaturrahim suami isteri, aku pon tahan ajelah perasaan poyo aku tu. Tenangkan hati & fikiran, masak ajelah sama-sama & bahagikan tugas masakan. Contohnya aku settlekan masak ikan, dia masak sayur. Lauk ini aku masak, lauk itu dia masak. Habis cerita. Semuanya jadi bahagia sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah. Aminnnnnn......

Yang peliknya kalau dengan Kak Ya, aku suka pulak masak sama-sama. Kenapa yer? Maybe sebab cara kami masak sama kowt. Belajar dari mak yang sama kan? Ngeeeee.....tapi...ade lagi tapinya tuh. Kat rumah mak kt Johor sane aku malas masak. Sebab ape? Sebab byk kakak yg rajin & terer masak. Mak masak pon sodap. So aku jd malas. Sometimes aku masak klu mak semua kuor g bandar, bile balik deme makan, mak & abah selalu puji aku masak sedap ^____^ Maybe sbb jarang makan masakan anak ke-4 dia ni kowt. So rasa lain drp lain.

Pernah aku masak asam pedas ikan mayong. Mak siap mintak resipi kat aku weyh. Aku macam O__O Aihh..masak biasa ajelah mcm mak masak tuw. Tp yelah kdg folo resipi chef wan sikit, kdg folo resipi mat gebu sikit. So campor-campor jadi sedap kowt. Entah lah. Tp memang hati kembang setaman bila mak abah puji sedap tuh. Maklomlar mmg jarang masak kalau tak sebab takde orang nak masak kan? Hehehe...

Atauuuuu........diorang saje ckp sedap spy aku tak malas nak masak kat sana? Psiko je sbnrnya....HAHAHA

Whatever it is, aku memang suka memasak =) Pada aku memasak itu sangat mudah. Tapi masakan yang biasa-biasa ajelah. Idokler pandai kalau masak yang rumit-rumit sangat tu. Harus aku gugel resipi & print out buat rujukan kan. Hahahah. Cooking - Yes. Baking - Tettt. Nope. Kuiiikuiiiii.....


 p/s: tapi....tapi lagi....aku suka buat dadih. itu pon dgn Anje. ritu dah buat dadih perisa epal hijau dgn filling lychee. weekend nie nak buat perisa honeydew pulak. coctail buah2 pon beli skali nak campak dlm dadih tu. dapp dappp =)









Popular Posts