Is It Possible?

Kadang aku macam tak percaya aku pernah jadi kurus sekejap lepas putus tunang sampailah aku berkahwin dgn habi & kemudian pregnant. Lepas bersalin berat aku tak turun banyak mana. Cuma 10kg & ada lagi 7kg nak sampai ke berat asal. Malangnya aku tak berjaya nak istiqomah berdiet & akhirnya tembun semula spt sblm putus tunang dulu. Malah skrg nie lagi dahsyat kowt. Berat yang terberat aku pernah capai sepanjang hidup aku. Giler.


Kadang aku sampai 1 tahap memang doubt diri aku yang skrg nie boleh slim down macam masa kawen tuh. Terfikir-fikir camne aku boleh dok makan hati putus tunang sampai jadi kurus camtu ek? Hahaha. Dahsyat betol penangan putus cinta. Maklom lar cinta yang pertama. Memang lain macam kowt ehehehe =P

Kalau la dapat balik figure mcm dalam gambor tu, memang akulah wanita yang paling bahagia rasanya. Pertamanya bukan utk kepuasan diri sendiri aje. Tapi utk menambat hati suami supaya makin sayang kat aku. Aku tawu dia memang suami yang baik. Gemok camnie pon tak pernah aku rasa sayang dia berkurang pd diri aku. Dia pon cakap memang dia sayang aku sebab diri aku, bukan figure aku. I can feel that. But it just that aku suka nak pleased or buat sesuatu yang aku tahu habi akan suka. I really want to do that desperately.

Aku suka bila dia tahu yang aku bersungguh-sungguh dalam perkahwinan kami ni. Aku taknak jadi isteri yang take it for granted aje. Aku nak jadi cantik di mata dia dalam apa cara sekalipun. Aku memang tamak haloba pasal kasih sayang dgn suami neh. Sebab kadang aku tengok habi gelak gila-gila bila main dgn Naurah pown rasa ada jeles disitu. Kehkehh. Kalau boleh aku sorang jer nak buat dia ketawa sungguh-sungguh macam tu. Orang lain tak boleh. Hepp! Poyo kan?

Aku tidaklah sampai obsessed sangat dengan habi. Kadang marah jugak kalau dia buat ntah hape-hape. Tp aku sangat menghargai dia sbb menjadi suami yg sangat baik pd kaca pandangan aku. I am so grateful about that & I want to repay him back by being beautiful as before. InsyaAllah.

p/s: klu kurus sok taknak pakai jeans ketat-ketat mcm dlm gambo tu lagi. kurus dgn imej muslimah aje hikhikk =P





Popular Posts