Jauh Perjalanan

Dah lama tak rasa takde idea nak update ape kat blog nie. Termangu memikirkan apa yang henda di share bersama yer? Usually banyak aje idea aku. Merapu memang nombor satu. But at the moment, aku rasa takde apa yang menarik untuk dishare kat sini. Bajet nak upload video Naurah masa dalam flight balik ke KL ritu. Tapi entah kenapa tak boleh nak upload lah pulak. Terus rasa mati kutu.

Tetibe teringat masa mendaki nak ke Kundasang ritu, di sepanjang perjalanan sokmo jumpa church (gereja). Tepi jalan kiri kanan mesti ada signboard church sekian-sekian. Ada pelbagai nama church yang berbeza. Rasanya ada dalam 20-30 signboard church kecil yang kita akan jumpa.

Malam pertama makan ikan & udang yg masih hidup sebelum dimasak, aku order air kelapa. Kalau kat sini kita cakap air kelapa, maknanya air kelapa muda lah kan? Tapi kalau kat Sabah, kita tak cakap air kelapa muda, dia akan bagi kita air kelapa yg dah nak tua. Senang kata isinya tak boleh nak kaut dgn sudu lah yer. Lain tempat lain caranya ^___^

Aku sangat suka naik flight lewat petang. Which means bila nak mendarat tu dah malam. Sebab pemandangan dari atas ke bawah adalah sangat cantik. Subhanallah. Dengan lampu kecil-kecil di bangunan mahupun rumah. Memang aku akan rasa sangat teruja. Itu belum lagi dengan pemandangan sunset yang dapat kita tengok dari tingkap. Perubahan warna di langit sangat menerujakan. Its a very nice experience =)


Aku pernah naik flight MAS & Air Asia. Entah kenapa aku merasakan pilot AA bila mendarat lebih smooth berbanding pilot MAS. Lebih smooth kalau pilot nya muslim ^___^ This is from my experience lah. Lain orang lain kan? No offense.

Jauh perjalanan, luas pengalaman. Bertambah juga pengetahuan yang tak seberapa neh. Alhamdulillah. 

Mode: Tak sabar nak tunggu cuti-cuti akhir tahun ke Medan, Indonesia. Harap ada scenery yang breathtaking untuk dinikmati =)






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat