Kena Usaha Lagi
Akhirnya cik P memunculkan dirinya semalam. Secara rasminya aku adalah tidak pregnant. Haha. Ingat bila kita nak & dah bersedia boleh terus lekat? Ohh tidak sama sekali. Ianya tidak semudah yang aku jangkakan. Its a new experience for me. Doa pd Allah moga dipermudahkan usaha selepas ini. Atau mungkin perlu usaha misi utk slim down a bit before getting pregnant?
Aku pernah dengar cerita tentang kalau kita mok-mok sangat pown kadang susah nak pregnant. Aku pon rasa badan makin naik. Tak best lansom. So ingat nak try produk slimming yang agak fofular la jugak. Dah cuba baru tawu sendiri. So since tgh tak boleh puasa sunat neh, rasa nak try lar. Dah order online pon td produknya. Nak try asap. Hrp esok lusa sampai dah boleh try. Nak try ikot bebetol cara penggunaanya. Lepas guna sendiri baru rasa puas hati & tawu samada produk tu betul-betul berkesan atau indah khabar dari kesannya saje. Hehe
Maybe lepas turun sikit berat, senang sket nak lekat. InsyaAllah. Usaha ajelah mana yang termampu. Yang lainnya serahkan ajelah pd Allah =)
By the way semalam agenda yang di tulis dlm n3 sblm nie sudah pon terlaksana. Alhamdulillah semuanya berjalan spt yang dirancang. Mood nak cerita aje yang takde. Nanti ade mood aku up n3 lagi hokay.
Tata for now...