Ketam Masak Cili Bertelur

Sebelum aku update gambar masa kat birthday party Cyrus Turns 2, aku nak tepek gambo ketam masak cili bertelur yang dimasak petang semalam dulu yer. Saje pepagi bagi korang terliur dulu. Hakhak. First time sebenarnya masak bercilli letak telur neh. Semalam sempat gugel resipi & terus rasa nak mencuba. Hasilnya adalah superb yer kawan-kawan. Highly recommended!




Bwahahaha. Semua gambar sama aje rupa dia. Gasak! Dah snap 3 gambar, kena letak semuanya. Barulah adil & saksama =P

OK. Resipinya senang aje macam biasa.

1.Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit & belacan dikisar. Dah agak masak, letak sos tomato, sos cili & kicap. Letak agak-agak ajelah.
2. Ketam yang dah dibersihkan & dipotong 2 badannya di goreng dulu. Termasuklah sepit2 yang dah ditanggalkan tu yer. Lebih senang sepit tanggal siap-siap.
3. Potong tomato & hiris-hiris bawang besar/kecil
4. Masak sambal sampai kering, tuangkan air sikit, letak telur 2 biji, last sekali letak tomato & bawang hiris
5. Sambal dah masak, letak perasa (garam & gula) secukupnya, masukkan semua ketam yang ada & gaul sebati. Siap.

Sampai luka-luka lidah aku makan ketam malam tadi -.-





Popular Posts