Khas Untuk Saudaraku

Mengimbas kenangan lama. Kenangan yang pahit & juga yang paling memberikan hikmah yang terbesar pd diri aku. Sayangnya Allah pd aku kerana memberikan pengalaman itu. Thank you Allah for giving me an opportunity to be a better servant & person.

Aku tak sangka after almost 4 years peristiwa tu berlaku pd diri aku, akhirnya kisah yang sangat serupa berlaku pada saudara yang dekat. Subhanallah. Cuma kisahnya ternyata lebih pahit berbanding aku. Dugaannya lebih besar. Ya Allah, berikanlah ketabahan pd saudaraku itu. Aku sangat mengerti perasaannya kerana pernah melaluinya.

In my case, akhirnya aku mengalah. Aku tahu aku takkan boleh menang kerana ianya melibatkan soal hati & perasaan. Its not as easy as it looks. Kalau tuan punya diri tidak merasakan dirinya salah ataupun cepat mengaku tewas pd emosi & bisikan syaitan, tiada apa yang dapat berubah. Langkah yang bijak adalah mengundur diri & get a new life. Its hard. Its very very hard. Tapi bila kita bersandarkan pada Allah, ternyata life yang selepasnya jauh lebih indah. Allahuakbar.

Kisah saudaraku itu lebih rumit kerana lafaz yang suci sudah diikrarkan. Ada nyawa didalam dirinya. Allah menguji hamba-Nya sesuai dengan kemampuannya. Saudaraku  itu kuat. Allah menyayanginya. Allah mahu berikan sesuatu yang lebih baik untuknya. Wallahualam

Berjuanglah selagi terdaya saudaraku. Berjuanglah utk hak anda & nyawa itu. Tunjukkanlah jalan untuk saudaraku ya Allah...

Aku mendoakan ketabahan & kesabaran hatimu saudaraku. Aku juga berdoa semoga ikatan yang suci itu tidak terlerai. Moga kebenaran akan terlihat suatu hari nanti. Jangan risau saudaraku. Orang yang baik Allah tidak akan persia-siakan. Yang bersalah pasti akan menerima balasannya. Itu hukum karma. Sekiranya tidak didunia, diakhirat esok masih ada.

Bersandarlah pd Allah wahai saudaraku. Jangan sesekali putus asa. Dia sentiasa ada utk mendengar rintihan kita. Mohonlah kebaikan daripada dugaan ini. Apa pun pengakhirannya, yakinlah ada kebaikan disebaliknya.

Ya Allah, permudahkanlah jalan saudaraku itu.....amin ya rabbal alamin...




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat