Luahan Seorang Rakyat Johor

Masih panas lagi kot issue Sultan Johor beli nombor plat WWW 1 for around RM500k ritu. Then ntah sape tu orang PAS Nizar dok tweet cakap drp beli benda tu better fikirkan tentang rakyat? Camtu lah lebih kurang isunya yang aku baca sekali sekala dlm paper NST.

Sebagai rakyat Johor, aku rasa terkait la pulak nak mengomen serba sikit tentang isu nie. Apepon ini cuma pendapat aku ajelah sebagai anak jati Johor. Takde niat yang spesifik pon. 

Sejak Sultan Iskandar belum mangkat lagi, dalam era 90-an, Sultan Ibrahim nie sememangnya berjiwa rakyat. Sebabnya aku sendiri pernah merasakannya. Masa tu aku masih sekolah lagi. Sekali di sekolah rendah & sekali di sekolah menengah. 2 kali okay Sultan Ibrahim & anak-anaknya datang ke felda aku yang terceruk itu. Tujuannya cuma 1, untuk berjumpa & berkenal-kenalan dengan rakyatnya.

Setiap kali baginda datang, akan diadakan majlis makan-makan di padang besar felda. Semua kaum yang ada tak kira melayu, cina & india akan datang beramai-ramai utk beramah mesra dengan Sultan & anakanda-anakandanya. Kesemua anakanda baginda adalah sangat mesra & bermain dengan budak-budak felda yang lain seperti mereka bukanlah dari keluarga diraja.

Karavan yang menjadi tempat tinggal keluarga diraja tu dapat dimasuki semua budak-budak felda. Tak ada masalah lansung. Nak ambil gambar semuanya takde masalah. Mereka semua sangat seperti orang kebanyakan & tidak mengira faktor darjat & seumpamanya.

Aku ingat lagi dapat bersalam dengan Sultan Ibrahim waktu tu. Seronok sangat rasanya dapat bersalaman dgn Tengku Mahkota masa tu. Padahal tak tawu apa sangat pasal masih budak-budak kan? It just that kenangan itu diingati aku sampai skrg. Entah berapa ratus orang yang beratur utk bersalaman dgn baginda sehingga lewat malam. Tp senyuman manis tetap terukir di bibirnya. What a wonderful person he is =)

Aku rasa program Kembara Sultan Johor memang tak asing lagi kpd rakyat Johor & rakyat Malaysia amnya. Baginda sememangnya Sultan yang prihatin & berjiwa rakyat. Baginda suka utk bertemu dengan rakyatnya & bertanya khabar. Baginda tak kekok singgah di rumah orang kebanyakan utk menjamu selera & berhenti bersolat. Baginda sememangnya Sultan yang baik.

Pasal pembelian nombor plat WWW 1 tu, aku tak rasa perlu dipertikaikan sangat pon. At the end of the day, duitnya tu pergi pd rakyat jugak kot. Dapat kat JPJ kan? Dapat pd kerajaan kita jugak kan? Bukannya duit tu habis macam tu aje takde manfaat.

Terharu jugak aku bila melihat Sultan Johor menitiskan airmata apb rakyat Johor berkumpul beramai-ramai utk menunjukkan sokongan pd baginda. Aku tahu baginda memang terasa hati dgn kenyataan dr Nizar tuh. Sebab baginda memang bukan seorang Sultan yang mengabaikan rakyatnya. Baginda sangat mesra rakyat & sangat down to earth. Maybe orang lain tak faham. Tp aku sbg salah seorang warga Johor sangat menyanjung tinggi budi pekerti Sultan Johor skrg.

Sultan Ibrahim memang seorang sultan yang baik & berjiwa rakyat. I have no doubt about it at all.




Popular Posts