Matrikulasi Story (2)

Kalau nak tawu, masa kat matrikulasi jugaklah aku banyak berdepan dengan kejadian-kejadian misteri nusantara. Hehehe. Ingat lagi tak tahun lepas aku ada buat siri seram yang ada beberapa bahagian tu? Mulanya aku nak cerita kisah nie tahun lepas. Tapi lama-lama jadi lupa & mood pon kelaot sudah. So akhirnya skrg nielah aku baru nak cerita bersempena aku buat n3 bersambung kisah-kisah zaman muda remaja aku dulu. So for those yang suka cerita-cerita mistik, silalah membaca sampai habis yer. 

Masa mula-mula sampai kat kolej nie dulu, dalam hati macam seramnyer tempat nie. Aku merujuk pd asrama yang para pelajar akan duduki yer. Sebab bersebelahan dgn asrama tu ada 2 bangunan tak siap. Macam ada rangka bangunan aje. Suasana pown ada gaya-gaya kesuraman gitu. Dah ler aku nie ada sixth sense kan. Hehe. Belom lagi amek kira ada bukit tinggi batu kapur dekat belakang sana. Bukan jauh mana pon. Masa baru sampai tgh pembinaan patung buddha yang boleh tahan besarnya kat bukit tu. Tamat belajar dah siap pown dia. Ngeri.

Matriks KPM aku masa tu adalah second batch. Bermakna ada abang-abang & kakak-kakak senior. So memang ada lar majlis suaikenal & sebagainya. Seb baek takde kes raging ke hape. Stakat kena buat persembahan mcm malam kebudayaan ajelah. Poyo aje buat dikir barat ntah hape-hape. Bwahahaha. Lawak tp sangat kenangan =)

Aku tak ingat samada minggu pertama atau kedua. Tapi dah ada kes histeria & sebagainya. Sampai semua student kena buat solat hajat & bacaan Yaasin di dataran asrama. Kawan sebilik aku pown ada sekali tu tidur lepas Asar. Skali dia keluar kat ruang study nanes-nanes ngadu dia kena 'tindih' dengan makhluk besar hitam berbulu macam gorilla. Kesian dia.

Ada jugak sorang budak nie jenis bersaka. So bila dapat duduk tempat mcm asrama kami tuh, memang sokmo la kena kacau. Ada 1 kejadian tu aku ikot sama pegang badan dia masa tengah kena rasuk tuw. Masa tu ramai student cuti sebab ada holiday ape ntah. Aku memang tak balik lar sebab jauh. Malas ahh penat badan naik bas 8 jam. Huhu. So nak taknak kena la tolong apa yang patot member tu sakit kan? Then adalah panggil sorang pakcik tu. Dia tanya macam-macam kat member tu. So aku pon menyaksikan lar dialog atr pakcik tu dgn mahluk ghaib.

Rupanya makhluk tu cuma lalu je kwsan tu. Dia sejenis jin ular taw. Patot kawan tu asek mengeliang ngeliut badannya mcm ular. Huhuhu. Dia nampak budak ppn tu, dia saje suka-suka nak kacau. Jahat betol! Tak lama pastu dia pon kuar lepas pakcik tu suruh. Of kos atas izin Allah juga yerp. Pastu kan, adalah khabar angin tentang penunggu kat kawasan asrama kami tue. Deme tu dh lama menetap kat asrama. Deme suka menyerupai burung taw. Ada 2 ekor kaler putih & hitam. Yang putih tu ok sket berbanding yg hitam. Sllu yg kaco-kaco tu yg hitam la yer.

Aku pernah nampak taw burung yg wane putih. Dia mcm menyerupai burung hantu putih. Bersih ajer bersinar-sinar masa aku nampak dia terbang tu. Waktu tu dlm pukul 3pagi taw. Hahaha. Aku kan budak tak betol dulu-dulu. Pagi gitu lepak dataran sembang dgn geng sekepala. Ntah hape keje kohkoff. Masa nampak burung tu masing-masing senyap ajelah. Tak lama pastu semua balik bilik tido =P

By the way aku penah gak kena kaco masa ddk kat sana. Tp itu pengalaman peribadi aku aje sbb masa tu aku antara sedar tak sedar. Macam aku dibawa masuk ke dlm bangunan yang tak siap tu. Pastu dengar bunyi air menitik dlm kesunyian & keheningan. Pastu dengar bunyi lebah yang banyak giler. Aku dapat dengar aje taw. Sebab mata memang tak nampak apa. So aku cuma merasainya. Takde ape sgt la. Tp itu menguatkan lg keyakinan aku yg tempat kami tu mmg berpenunggu. Syaitan & jin kan ada kat mana-mana. Maybe itu memang tempat deme. Manusia yang kaco dok buat asrama pulak kan? Wallahualam

Budak lelaki yang nakal ada penah buat mcm hantu. Siot aje dok selubung badan dgn selimut putih nak takowtkan budak2 ppn. Jumpa bebetol padan muka! Hahaha

Kes histeria boleh kata tiap bulan ada. Memang dia attack budak ppn yang sama aje. Maybe mmg jenis lemah semangat kowt. Kesian pown ada nengoknyer. Nak belajar pown bermacam dugaan mendatang. Tapi ada 1 kes nie mmg tak boleh tahan. Ingatkan mmg lemah semangat. Rupanya orang ckp 'mereng' otaknya. Dia buat-buat kena histeria lar, pengsan lar. Macam-macam hal. Tp bdk ppn tu lawo giler. Comel aje taw. Bibir merah merekah. Memang diakui dia mmg lawo. Kulit putih bersih mcm Mahsuri pown ada. Orang Kedah. Malangnya tak siuman pulak. Huhuhu. Tak sempat nak habis pengajian pown pasal ditendang kolej teros. Entah kat manalah dia sekarang.

Ok. Itu ajelah kisah mistik yg aku masih ingat masa kat matrix dulu. Dah ingat-ingat lupa.....maklomlah dah 10-11 tahun berlalu ^____0





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat