My Thursday Blues

Thursday blues. Sebab?

Malam tadi ke Wangsa Maju lepak rumah Kak Ya. Mak ngan Abah pon ada kat sana termasuklah Hirraz. Kami sampai dalam pukul 9pm. Jaoh lar makan 1jam taw dari rumah kami. Pergi takde niat yang spesifik pon. Cuma Naurah tu selok nak jumpa Atok kesayangan dia. Tak puas dok potpet dalam phone aje. 

Yer, Naurah sekarang dah tak macam dulu. Sebelum nie dia tak pandai berbual dalam phone. Dok mendengar aje mendiamkan diri. But lately maybe atas pengaruh usia yang makin menambah, dia nak conquer sokmo klu tengok aku on the phone. Sebok aje nak tanya siapa tu ibu? Pastu bila dah start cakap, semua dia nak bercerita. Pasal apa dia makan, pasal kengkawan dia kat taska, pasal si Putih a.k.a Fluffy etc. Kepochi sunggoh menengoknya. Sampai aku takde chance nak borak dengan deme dah. Kesian aku hukhuk

Lagi parah kalau dia tak puas nak bersembang. Dok nanes-nanes paksa aku soh call balik. 2-3 kali gakler kena melayan karenah dia. So mlm td puas ah dah jumpe Atok depan mata. Sokmo duduk kat pangku Atok bajet dia baby lagi. Awak tu dah makin memanjang hokeh. Tak muat dah riba Atok tu awak baring. Terjulur kaki ibu tengok. Lagi selok dia nak berkepit dengan Atok bila anak abang aku si Emriel ada berdekatan. Takot Atok kena rampas dari dia. Pandai menjeles jugak rupanya budak tu. Haha

By the way around 11pm kami gerak balik ke Sepang semula. Sampai rumah pukul 12tghmlm. Tu yang aku sangap betol hari nie. Rasa macam taknak bukak kelopak mata aje. Tapi bila tengok habi cargas aje bangun awal dari aku as usual, rasa macam tak patot lar pulak kan? Dah ler dia yang penat drive pergi balik. Aku pulak yang lebih-lebih penatnya. Kohhkoff =P Thanks habi sebab sanggup drive jauh-jauh for me, Anje & Naurah to meet them. Dia memang suami yang baik kan? ^____^

So here I am today in front of my 6 years old plus PC. Aku harap waktu berjalan dengan pantas hari ini. Hurm...yelah tuuuu.....






Popular Posts