Nasi Lemak Telur

Pagi nie masa kat porch kereta tetibe Naurah request

" Ibu, nak nasi lemak dengan telur!"

Ehh..tak pernah pulak dia buat request spesifik mcm tu pepagi. Tapi dah dia request, aku pon cakap la dgn habi soh berhenti tepi jalan beli nasi lemak utk budak tu. Habi sokay je takde masalah. 

Since dah agak lambat pulak nak ke opis, aku pon malaslah nak turun dari kereta. Naurah nampak habi keluar nak membeli aje teros cakap

"Naurah nak ikot Ayah! Ibu taknak keluar? tanyanya."

" Ibu taknak keluar lah Naurah. Naurah pegi dengan Ayah aje ehh! "

" OK. Ibu nak kuih ape? "

Macam terkesima pulak aku dengar dia tanya aku macam tu. Huhuhu. Baiknya anak sorang neh. Concern betol kat ibunya nak makan ape yerp? ^____^

" Ibu taknak kuih apa-apa lah Naurah. Ibu puasa hari nie..."

" Ibu puasa? Ooo..."

Macam lar dia paham kan puasa tu ape. Hehehe. Walau apa pon, rasa terharu aje anak kecik-kecik nie dah pandai concerns tentang kita. Thanks yer nak. Harap ko akan concerns pd ibu & ayah sampai akhir hayat kami. Amin.


Kukuhkan kuda-kuda mu Naurah! Haha

Dalam kereta on the way ke office, aku tanyalah habi nasi lemak telur tu berapa makcik tu jual? Dia kata dia tambah ayam goreng seketul. So total RM4. Sebabnya nanti kat sana kan msti makan ramai-ramai dgn budak-budak lain. So takpelah banyak sikit lauknya.

Bukan aje anak yang concern, tapi suami pon sama nampaknya. Alhamdulillah ^____^

Anak-anak kan mencerminkan keperibadian ibu bapa =)




 





Popular Posts