Pencarian Taska Naurah 2013 - II

Update tentang pencarian taska baru utk Naurah tahun depan. Semalam masa lunch hour aku & Kak Niza pergilah ke MKN Techzone. Jumpa dgn Puan Shida & dia terangkan semuanyalah tentang operasi taska. Memang besar, bersih, teratur & menarik tempatnya. Tapi ramai tau bebudak dalam 40 orang gitu. Utk kuota baby dah penuh sbb 15 org dh ada. Yang lain-lain byk yg toddler mcm Naurah lah.

Entah kenapa lepas pergi sana aku tak rasa excited pulak nak ngantor Naurah. I have this kind of feeling yang tak dapat nak explain. Tak tawu nak cakap macam mana. Tapi memang rasa tak interested dah. Tak pasti kenapa. So aku pon ushar lagi taska lain & teringat pula Ann cerita dia dah daftar kakak Alia kat CIC Putrajaya next year.

Honestly sebelum nie aku dah pernah gak ushar CIC neh. Masa tu saje-saje aje nak tengok. Pastu terlupa terus ttg kewujudannya sebab dok fokus kat taska cyber neh. Thanks Ann sbb ingatkan aku semula ttg CIC. Since interest dah kureng utk taska kt cyber, so aku pon study balik ttg CIC. Tak salah aku early last year CIC ada bukak cawangan kat Kota Warisan. Itulah yang paling terdekat dgn rumah kami & at least sehaluan dgn kami nak pergi ke tempat kerja. So takde masalah nak drop by Naurah kat sana dulu.

Amazingly habi macam interested pulak kali nie. Pelik jugak aku memikirkannya. Pagi tadi siap ingatkan soh call CIC kat Kota Warisan tuh tanya apa yang patot. Pastu siap kata nnti bila-bila blh ushar kat mana lokasi sebenar CIC tuh O___o Maybe dia dah insaf kot dengar tazkirah aku semalam. Kehkehh. Takpon sbb dia dgr Islamic, so macam lebih terbuka sket. Wallahualam. Malas nak tanya banyak. Syukur ajelah habi dah mula menunjukkan minatnya. Maybe sudah ditakdirkan...

So by today aku akan call CIC Kota Warisan tanya ape yg patot. Harapnya takde masalah utk Naurah mulakan playschool for 3 years old kat sana. The most important thing is boleh mula menabung dari skrg utk registration fees, annual fees whatsoever tu semua. So takdelah rasa beban sangat bila dah tiba masanya sok. Moga Allah permudah...




Popular Posts