Aku Nak Beli Oven!

Aku dah tekad dalam masa terdekat nie nak beli jugak OVEN. Yer, kena taip huruf besar pasal nak tunjukkan betapa tekadnya hati aku waktu menaip nie. Hehehe.

Aku mencari-cari alasan yg kukuh kepada diri sendiri mengapa aku perlukan sebuah oven dalam rumah. Obviously ianya bukan utk tujuan baking sebab aku takde passion & bakat. Makanya pembelian oven lebih menjurus kepada utk masak-memasak lah yerp. Dari segi buat kuih raya pulak, maybe aku blh buat cornflakes madu yang tersangat lah senang buatnya psl aku pernah tolong Kak Ya buat suatu masa dahulu kat kampung. Kuih lain aku tak janji. HAHA

Habi dah nampak ketekadan aku nak membeli oven dlm perjalanan balik kerumah dr opis semalam. As usual, dia tersenyum sinis mendengarkan sebab musabab yang aku bentangkan utk membeli oven. Takpe...takpe....biarkan dia dengan fikiran jahatnya. Tak kuasa aku nak emo bab ni. Lagipon bukan aku mintak duit dia pon nak beli. (sebenarnya ada niat gak nak pow barang $20 ker kihkihhh).

Paling best harga oven menjelang nak raya nie banyak offer. Kat Tesco aku ushar ritu, brand Pensonic 19L adalah RM89. Kat Giant, brand yg sama RM79.90. Tp malangnya offer kat Giant tu utk sehari aje iaitu Ahad lepas. So dah melepas la disitu. Maka harga biasa dia tak pasti. Boleh ushar dulu time nk beli nnti.

Mengikut pendapat geng yg otai dlm baking, oven yg dimaksudkan diatas adalah sudah dikira murah. Sebabnya deme beli dulu range rege RM100+. Dah nampak penjimatan bbrp puluh ringgit disitu =). So pada aku, ini adalah masa yg sangat tepat utk membeli oven. Betul tak? =D

Hari nie tetibe aku bercadang nak ajak habi berbuka puasa di luar. Bila berbuka kat luar, impian nak beli oven akn menjadi semakin hampir. Sebab Giant kat sebelah tempat berbuka tu jer..ngehngehhh.

Adakah misi aku akan tercapai hari ini? Sama-samalah kita nantikan entry esok....kohfsss


*update: today berbuka di Restoran SAS Ayam Kampung @ Nilai Avenue. lokasi:- sebelah Giant..wink




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat