Baru Niat Tapi Dah Dapat Pahala

Dalam proses utk mengeliat

My period dah datang hari ni. Nampaknya masih takde rezeki lagi nak tambah zuriat. Takpelah...Allah pasti ada perancangan yang lebih baik utk kami. Teruskan positif yer Sharena! =) It just that i'm a little bit sad lar pasal tak dapat buat amalan sempena Nisfu Syaaban esok. Baca yasin tak dapat. Puasa sunat pon tak dapat. Niat tu mmg dah ada. Tapi aku bersangka baik ajelah. Bukankah bila kita dah niat benda yg baik tp tak dapat buat, Allah tetap ambil kira pahalanya kan? Dalam kes aku nie, rasanya applicable lah.

Best kan? Niat baik, tak dapat buat ats sebab yang munasabah, tetap akan dikira pahalanya. Sedangkan niat jahat, selagi tak buat ianya takkan dikira sbg dosa pon. Islam memang sangat indah. And i'm proud to be a muslim. Paling best kalau pergi negara orang yang majoriti rakyatnya bukan muslim. Aku memang rasa bangga sangat menutup aurat & bertudung. Ini dapat dirasai masa berkunjung ke Vietnam & Thailand. Ada orang, bila pergi negara bukan Islam, inilah masanya utk kita pon campak tudung ntah kemana & berpakaian seksi kan? Sbnrnya aku mmg ada bbrp org kawan yang peel mcm nie. Pelik betol. Klu aku, lagi rasa bangga nak tunjuk yg kita nie muslim. Hurmm..entahlah. Lain orang, lain caranya.

Aku tahu aku pon tidaklah sempurna mana sbg seorang muslimah. Tapi aku sentiasa utk cuba memperbaiki diri dari masa ke semasa. Pd aku, itu lebih penting drp kita cepat puas hati dgn keadaan kita skrg. Kdg pakaian aku menepati ciri-ciri muslimah. Kdg ada jugak yg tak berapa nak proper. Yg pastinya, habi mmg jadi penasihat pakaian aku sblm keluar kemana-mana. Mesti akan tnya pendapat dia dulu samada lulus atau tidak utk dibawa keluar outfit yg dipilih.

Bukan setakat masa nak keluar rumah aje. Apa pon pakaian yg aku beli, mesti ada persetujuan drp habi. Ok dimatanya, InsyaAllah ok lah dimata aku. Habi mmg particular sket bab pakaian bininya neh. Usually aku memang tak pakai lengan pendek keluar drp rumah. Tp kdg rasa malas jgk sbb tak keluar kereta just tggu dlm aje. Itu pon habi dah sound, eyhh tak pakai baju luar?Takde cardigan?Takde sweater? Wuwuwu. Dia pon rasa pelik kowt klu aku tak tutup mcm biasa. Sbnrnya aku pon rasa awkward jugak hehehe...

Kdg aku pakai shirt lengan 3 suku tuw. Pon rasa mcm pelik & rasa bersalah aje jln-jln di khalayak ramai. Eventho ramai aje ppn lain yg jg tak menutup aurat dgn sempurna, aku tetap rasa keanehan itu. Ok. Teros campak baju dlm kotak. Kite kasi bungkusss ngeh ngehh =P

Malangnya iman manusia boleh meningkat & menurun tak kira masa. Of kos lebih best klu iman itu tetap statik bile sudah capai tahap-tahap tertentu. Tp klu itu keadaannya, takdelah cabaran hidup kt dunia nie ye dop? Agaknya lah. Itu tekaan aku aje.

Aku juga begitu. Ada naik & turunnya. Ada baik & jahatnya. Aku cuma manusia biasa. Cuma bila dah jadi isteri nie, kita tak boleh fikir tentang dosa & pahala kita aje. Kita nie dibawah tggjwb suami. Ape pon perlakuan kita, suami tetap kena tempiasnya. So klu nak buat dosa tu kdg agak kesian sikit memikirkan habi. Tak pasal-pasal sbb bini sambil lewa, tambah dah catatan kat buku kiri dia. Bab pahala pulak rasa lebih semangat nak buat mengenangkan habi pon mungkin dpt bahagian pahalanya.

Aku suka bayangkan macam nie. Masa nak masuk neraka & syurga sok, habi spttnya dh kena masuk neraka. Tp sebab bini rajin buat baik & amal ibadat, maka bini dpt tarik habi masuk syurga sama-sama. Wahhh...alangkah seronoknya perasaan masa tu kan? ^___^

Yelah..maybe ada yg rasa meluat or menyampah aje bace bayangan fikiran aku tu kan? Hahaha. Pd aku tak salah pon kalau dgn berfikiran spt itu, dapat membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh utk memperbaiki diri kita. Kann? Senang kata mcm motivate diri ajelah utk buat kebaikan & amal ibadat utk diri sndiri & hopefully utk suami sekali. At the end of the day, Allah sajalah yang mengadilinya. Wallahualam.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat