Ianya Satu Penyeksaan

Hari keempat berpuasa, aku berani minum susu panas secawan & air masak pon secawan. See! Nak minum air pon takot-takot hokey. Fobia betol nak menghadapi masalah bloated time berpuasa neh. Aku tak suka rasa tak sihat yg pastinya akan mengganggu gugat prestasi kerja aku & mood pon akan jd hancur.

Ada orang kata, kurus ah ko sahur tak makan pape. Yeah rite. Kurus mana lah sangat kan? (dulu masa single x sahur jgk & x kurus pon) Ingat best ker tak boleh sahur makan apa-apa? Seksa taw perot buat tarian hip hop pukul 10pagi. Itu belom separuh hari lagi tuh! Yer, mmg dulu masa single aku pon bkn selalu sgt sahur mknn berat. Takde hal pown. Tp sejak aku bersalinkan si Naurah, perut aku dh tak tahan kalau tak bersahur. Sehinggalah tahun 2012 menjelang usia 30-an nie, semuanya jadi tunggang terbalik.

Bukan aje dr segi kesihatan yg makin mengganggu gugat kesejahteraan hidup aku, malah bab bersahur pon dah jadi mcm nie. Ingat aku suka-suka taknak makan? Last year mmg aku sahur sumbat selagi boleh. Takde masalah kembong pon. Tp this year, aku dh mula perasan sejak aku start nak puasa sunat menjelang Ramadhan nie. Asal sahur, kembung. Kalau tak sahur, OK. Tapi lapor tahap cimpanzi -.-

So i have to make a choice. And i chose to feel OK eventho lapor macam cipan. Rasanya kelaparan tu masih tertanggung lagi. Kembung, blerghhhhh...i hate it!!

Paling mencabar bila tak bersahur berat adalah di waktu petang. Di akhir-akhir waktu tu. Masa tu badan mmg dah rasa lemah sangat. Tapi.....ada tugas memasak yg menanti. Kalau tak kuatkan semangat, mmg rasa nak melepek depan tv aje. Nak taknak kena jugak kumpulkan segenap tenaga yg masih ada utk memasak juadah yg enak-enak.

Bercerita psl juadah yg enak, habi pernah mention yg lauk aku masak samada aku puasa ke tak puasa ker. tetap OK aje rasanya. Hoihhh...kembang semangkok bile habi puji mcm tuw. Alor...klu kite dh selalu memasak, dh terer je agak-agak garam gula semua byk mana. That y rasanya sentiasa OK samada kita dpt rasa atau tak masakan tu. Betol tak kawan-kawan? ^___0

Apo nak dikato? #gambotakdekaitandgn entry




Popular Posts