Ianya Tidak Dapat Diukur

Manusia kat dunia nie takde sorang pon yang tahu dah banyak mana pahala yang kita kumpul utk bekalan kehidupan kat akhirat kelak. Rasulullah SAW pon setahu aku tak tahu. Cuma baginda memang dah dijanjikan Allah untuk masuk ke Syurga. However baginda tak pernah pula berniat utk mengurangkan segala amal ibadatnya kepada Allah. Kite pon tahu betapa Rasulullah SAW sampai bengkak kakinya krn terlalu banyak mendirikan solat. Begitulah hebatnya junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Tidakkah kita sebagai seorang muslim berasa bangga kerana menjadi ummat baginda? Sesungguhnya aku adalah sangat berbangga.

Bangga tu memanglah bangga. Tapi tetap juga rasa betapa bersalahnya diri nie kerana sudahlah tak dijanjikan syurga oleh Allah, ibadat pulak tak berapa nak mantop. Memikirkan tentang inilah yang membuatkan aku rasa malangnya diri aku nie krn dijadikan sebagai seorang manusia. Hidup kat dunia ni susah lar. Godaan terlampau hebat. Sangat mudah utk kita lalai & leka. Padahal bukan tak tawu tujuan kita hidup kt dunia ni adalah utk menyembah Allah seterusnya mengumpul pahala utk bekalan akhirat kelak. Tapi kenapa lah aku masih lagi begini...alahaiii....bodohnya aku rasa diri aku nie +____+

Kalau lah pahala tu boleh diukur & kita nampak depan mata. Begitu juga dgn dosa. Senang sikit jadinya kan? Tgk pahala kurang dari dosa, perbanyakkan buat ibadah. Nampak dosa banyak sgt, selalulah mintak ampun pd Allah & lebih berhati-hati dr sebarang pkr yg blh dicatat sbg dosa.

Hukum Allah tidak begitu. Mesti ada hikmah mengapa Dia tidak menampakkan ukuran pahala & dosa kita kt dunia ni. Maybe akn terjadi lebih byk keburukan drp kebaikannya. Wallahualam. Ilmu itu adalah milik Allah. Dia sajalah yg maha mengetahui segalanya.

Tibanya ajal kita nanti, entahkan pahala lebih berat entahkan dosa yg berkuasa. Tiada siapa yg tahu kecuali Allah. Kdg kita tengok orang tu rajin solat, puasa & semua perintah Allah yg disuruh semuanya dia buat. Tp siapakah kita utk judge orang itu pastinya akn masuk syurga? Begitu jg dgn org yg kita nampak biasa-biasa aje. Juga orang yg nampak mcm jahat cthnya solat tak cukup, puasa kdg buat kdg tak. Semuanya bkn bidang kuasa kita utk menentukannya. Semuanya milik Allah.

Dgn sebab itu, aku pon tak suka nak judge org melalui mata pandangan aku. Samada judge dia dr segi aku nampak dgn biji mata sendiri waima judge dia dr penulisannya di mana pun jua. Memang sometimes kita tahu perbuatan orang tu salah. Tapi siapa kita nak mempersoalkannya? Kalau berani, silalah tegur perbuatan orang yg salah itu. Kalau tak berani, tak perlu nak persoalkannya pun. Biarlah Allah yg menentukannya. Lebih baik kalau kita doa spy dia sedar ats kesilapannya. Dan utk diri kita, jadikan ianya sbg pengajaran. Doa pd Allah moga-moga kita tak terlanjur sepertinya juga.

Setiap manusia ada kelemahannya. Jgn terlalu suka menghakimi orang lain krn kita pon tak sebetul mana. Wallahualam.

p/s: judge org yg kita tak kenal mana lagilah tak baik. sbb kite tak tahu cerita disebalik perbuatan dia yg kita nampak salah tu apa. suka suki aje teros nak judge. tak baik OK! klu kita tawu, maybe kita akan lebih memahami. so better tak payah judge ajelah. habis cerita. the end.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat