Kekhilafan Berkenaan Fidyah

Mati-mati aku ingat aku memang kena bayar fidyah pasal ponteng puasa masa pregnant kan Naurah last 2 years. Siap dah buat pengiraan & kepeningan kat mana duit perlu disalurkan. Until N bagitawu boleh buat pembayaran fidyah through maybank2u. Takpelah...at least aku dapat maklumat tentang benda nie kan? Sebelum nie tak tawu pon boleh bayar online aje hehe...

Mengikut Mazhab Imam Syafie, manakala ibu mengandung melakukan ibadat puasa pd bulan Ramadhan, diberikan kelonggaran baginya atas 2 sebab.

1) Ibu boleh berbuka puasa apabila dia mengkhuatiri keselamatan anak yang sedang dikandungnya. Utk kes ini, ibu wajib mengganti puasa pd bulan selain Ramadhan & wajib membayar fidyah (denda).

2) Ibu mengandung yang berbuka puasa kerana masalah dirinya sendiri spt tidak larat & sebagainya. Bukan krn khuatir akan anak dlm kandungan. Utk kes ini, ibu cuma perlu mengganti puasa & tidak perlu membayar fidyah.

So aku pon flash back la semula keadaan aku masa mengandungkan Naurah 2 tahun lepas. Memang aku dah terfikir kenapa aku boleh lalai tentang pembayaran fidyah klu memang aku wajib melakukannya yer? Rasa mcm tak logik sgt aku boleh terlupa sampai 2 tahun baru sedar. Rupanya mmg aku tak perlu byr sbb waktu tu mmg aku sbnrnya yg tak larat nak berpuasa. At that time tgh mabuk teruk. So manjang ler muntah coklat sampai lembik. Thats y lah aku tak berpuasa selama 5 hari.

Lepas aje 5 hari, aku tawakal aje berpuasa eventho masih muntah-muntah. Sebab nak makan pon tak boleh masa tu. Kompem muntah balik. So better puasa aje ye dop? Cuma puasa aku tu kurang kualiti lar psl kejap-kejap muntah. Takpelah..bab tu biar Allah sajalah yang menentukannya. Tapi yg pasti, aku yakin aku tak perlu utk bayar fidyah. Lega sangat rasanya =)

Tapi aku tetap akan bayar fidyah kowt. Lorhhhh...nak bayar jugak? Hehehehe. Tp ini bukan sebab kes aku pregnant Naurah dulu. Ini kes lama-lama-lama dulu masa aku budak-budak. Kalau dari segi puasa ganti, masa aku kat matrikulasi & uni dulu, memang dah pulun habis-habisan ganti puasa zaman kanak-kanak yg khilaf. Aku berpuasa sampai aku rasa dah cukup menggantikan puasa yg aku tinggalkan dulu. Sampai lost count dibuatnya. Kawan-kawan pon tegur apasal aku rajin sgt puasa sunat kan? Pdhal niat puasa ganti hihi.

So aku bertawakal pd Allah, InsyaAllah cukup dah aku menggantikan puasa yg aku missed dulu. Tapi aku lupa yg aku tetap kena bayar fidyah sebab lewat ganti. Bab nie aku lupa samada aku dah bayar ke belum. Aku mcm teringat pernah suruh Abah aku bayarkan beberapa tahun yang lalu. Tp sebab aku tak pasti, aku rasa takde salahnya klu aku bayar je lagi fidyah. At least dapat menghilangkan kegusaran yang bertamu dihati.

So for those yang nak buat pembayaran fidyah secara online spt aku, bolehlah refer kat sini. Untuk pengiraan fidyah pula, boleh rujuk kat sini.

Moga Allah sentiasa tunjukkan jalan bagi orang-orang yang bertaqwa.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat