Mee Bandung Daging Cincang

Teruja betul aku nak menaip resipi mee bandung yang aku dah renovate sikit neh. Tadelah beza mana dgn resipi mee bandung yg biasa tuw. Cuma 'daging cincang' tu yang membuatkan rasanya lebih terbaekkkk wokk!! Haha...at least kat tekak aku lar kan. So aku nak recommend pd korang utk try resipi mee bandung daging cincang nie. Kelainannya instead of guna daging lembu yg dipotong nipis, aku gantikan dgn daging cincang yg ternyata dpt membuatkan kuahnya lebih berpati & pekat. Bila daging cincang, udang kering & kacang tanah yang ditumbuk bersatu, rasanya mmg perghhhh. Mabeles.

Ok la enough memuji kesedapannya. Meh aku share resipi yg mudah & pantas nie yer. Aku hrp adalah orang yg minat utk mencuba hehehe =P

Resipi Mee Bandung Cincang (5 orang makan)

1 bawang besar
2 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
Cili kering yang dimesin
Udang kering
Kacang tanah 
Udang
Sotong
Daging cincang
Tomato
Sos cili
Sos Tomato
Garam
Gula
Mee kuning

1. Mesin bawang bsr, kecil, bwg putih & udang kering. Tumis dgn minyak & letak cili kering yg dh dimesin sehingga naik bau.

2. Bila dah naik bau, masukkan daging cincang & biarkan mendidih. Bila dh mendidih, masukkan kacang tanah yang sudah digoreng tanpa minyak & sedikit udang kering yg ditumbuk kasar bersama.

3.Masukkan air dlm 2 cawan. Jgn letak byk sgt sebab kita nak bagi kuahnya pekat. Barulah kaw-kaw. Bila dh mendidih, masukkan udang & sotong. Biarkan masak.

4, Masukkan sos cili & tomato dlm 3 sudu besar each. Biarkan mendidih & masukkan 3 biji telur & tomato yg dibelah 4.

5. Bila dh mendidih, masukkan gula 3 sudu besar & garam secukupnya.

6. Akhir sekali masukkan sawi sbb kita taknak sawi jd terlalu lecuh. Takpon blh asingkan sawi celur dgn air panas. Nk makan nti baru masukkan.

Celur mee kuning dgn air panas, toskan & hidangkan bersama kuah mee bandung daging cincang.

Selamat menjamu selera! =D





Popular Posts