Minta Maaf Pada Anak

Aku & habi selalu minta maaf pd Naurah. Korang ada tak minta maaf pd anak? =)

Yang bestnya bila kita sbg ibu bapa tak segan nak minta maaf pd anak, secara tak lansung anak kita pon ringan mulut minta maaf pd kita bila dia buat salah kat kita. Kadang aku saje jer buat-buat nangis & merajuk kat Naurah. Dia pon datang usap rambut aku & cakap "sorry ibu yer". So sweet ^___^

Aku berharap sangat Naurah dah besar nanti jadi seorang yang baik budi pekertinya. Makanya bila aku tahu bahawasanya peribadi anak sebahagian besarnya terdidik drp keperibadian ibu bapa, aku cuba sedaya upaya utk menjadi contoh yg baik pd dia.

Habi memang tak payah cakap banyak lar kan. Dia memang seorang yang soft spoken & rajin. Sebagai seorang manusia, dia memang baik. Bukan saje nak memuji suami sendiri yer. Ini ikhlas dr hati. Kalau tak percaya, tanya kawan-kawan yg kenal dgn dia. Mesti semuanya ckp dia baik. He he he

Aku pulak cuba jadi role model Naurah dr segi yg lain. Terutamanya dlm bab agama spt solat & membaca al Quran. Cuba utk layan dia bila dia sebok sama-sama nak solat. Cuba jadi lebih sabar bila dia sebok nak menyelak helaian al Quran yang aku sedang baca. Memang mencabar. Tapi aku cuba sedaya upaya utk menarik minatnya. Biar dia terbiasa.

Lately aku suka nak bawa Naurah bersolat di masjid. Sometimes kalau kami keluar makan, aku ajak habi ke masjid supaya Naurah dpt tengok suasana disana & terbiasa. Walaupun aku takkan dapat utk bersolat jemaah bersama jemaah wanita yg lain, pd aku cukuplah hanya sbg pendedahan awal pd Naurah. Utk solat berjemaah, aku masih belum yakin kalau takde siapa yg menjaga Naurah. Sedangkan aku solat sorang pon dia dah duduk atas sejadah tempat bersujud. Huhuhu..

Bukan Naurah tak tahu perbuatan dia tu menyusahkan aku utk sujud. Tp dia jadi takut bila ada orang lain yg pandang sama dia. Maklum lah tak kenal. Susah betul nak buat Naurah selesa dgn orang ramai. Padahal dari kecil dah terdedah dgn suasana taska. Sadly Naurah cuma mesra dgn kanak-kanak ditaska yg biasa dia jumpa. Kalau kat playground budak-budak yg tak biasa, jgn hrp dia nak jadi mesra & jadi diri dia yg keletah tu.

Semalam jiran sebelah rumah pon tegur. Dia kata petahnya Naurah bercakap bila dgn ibu ayah kt rumah. Tp klu depan orang, dia senyap membisu pulak. Aku pon senyum ajelah. Nak kata ape kan? Dah memang dia mcm tu. Aku risau jugak kat tadika nnti dia jadi budak pendiam. Maybe pd awalnya saja. Lama kelamaan, insyaAllah dia akan dpt menyesuaikan diri. Lets think positive =)

Why are you so shy my little girl?






Popular Posts