My Epidural Story

Pagi nie aku tertarik dgn tajuk entry di blog Dr. Zubaidi. Ianya berkisar tentang penggunaan epidural semasa sakit melahirkan anak. Since masa bersalinkan Naurah dulu aku memang disarankan mengambil epidural, so ada rasa agak terlibat la dgn artikel tu. Dapat info yang lebih banyak drp sebelum nie.

Mengimbas kembali saat-saat ketika mahu bersalinkan Naurah. Aku di suggest oleh bidan utk mengambil epidural apb bukaan sudah 2 cm. Tapi aku punyalah degil & rasa boleh bertahan sampai akhir. So aku ignore nasihat bidan yang 2 kali datang utk meyakinkan aku. Sampai akhirnya Dr. Kamsiah yang bertugas menggantikan Dr. Fatimah yang ada personal matters datang & menerangkan dgn lebih lanjut pentingnya aku mengambil epidural.

Lepas Dr. Kamsiah keluar, aku pon discuss dengan habi & akhirnya kami mengalah. Antara sebab kuat aku perlu ambil epidural ialah kerana ini merupakan kelahiran yang pertama & keduanya aku di induce dgn ubat Pitocin utk mempecepatkan kelahiran bayi. Kelahiran Naurah adalah 2 minggu awal dr tarikh aku dijangka bersalin. Ini kerana masalah tekanan darah tinggi yang semakin meruncing. Utk mengelakkan pembedahan caesarean dilakukan, maka kaedah induce telah pun digunapakai.

Selepas persetujuan dibuat utk mengambil epidural, doctor pakar bius pun datang utk melakukan prosedur suntikan. Masa tu aku rasa macam blur & tak sangka rumit jugak suntikan epidural neh. Suntikan akan dilakukan di tulang belakang & sebarang pergerakan adalah dilarang sama sekali. Ini bagi memastikan suntikan itu kena tepat pd tempat yang diinginkan. Kalau salah cucuk, boleh mengakibatkan kesan sampingan yang buruk spt masalah sakit tulang belakang dsb.

Ada 2 nurse yang pegang utk stabilkan aku. Habi pon turut sama membantu. Aku rasa macam ada bbrp suntikan yang dibuat. Ianya bukan sekali. Ok. Part nie aku dah lupa. Hehe. Tp memang terasa betol la jarum tu menusuk kat tulang gitu. Kesakitannya pulak boleh tahan lagi la. Takdelah sampai rasa fobia klu in future kena amek lagi.

Lepas suntikan, nurse akan selalu check & tanya keadaan kita mcm mana. Aku rasa dlm 15 minit kowt ubat dah berkesan. Hilang dah segala rasa sakit yang merenggut-renggut dr perot tuh. Memang rasa lega gila sampai aku boleh tertidur lena. Begitulah magicnya kesan epidural. Doc juga akan bertanya samada kita ada rasa pening, loya dsb. Alhamdulillah tak ada utk aku. 

Masa bukaan dah 7cm, opismate aku call nak tau keadaan aku. Masa tu aku boleh cakap dgn dia siap gelak-gelak. Naik hairan opismate dibuatnya bila dia tahu aku dah 7cm masa tu. He he he. Bila bukaan dah penuh, masalah yg kita hadapi bila amek epidural ialah tak tahu bila nak push. So mmg kena tengok kat monitor ECG. Bila numbering tinggi, masa itulah kita kena push. Bila rendah, kita amek napas dulu.

Sakit tu tetap ada yer. Tp aku rasa agak minimal kowt drp yg sepatutnya. Paling ketara adalah sakit di pangkal peha & ekor tulang belakang. Rasa mcm diramas-ramas aje dekat area situ. Sabokan ajelah. Dah push sekuat hati, kepala Naurah asyik keluar masuk. Akhirnya Dr. Fatimah terpaksa buat episiotomy bg menggunakan kaedah vacuum. Rupanya tali pusat terbelit kat leher kata doc. Patot lar dah push dgn betol pon dia manjang keluar masok. Hehe.

Lagi 1 yang ajaib bila baby dah keluar, semua kesakitan hilang begitu saja. Maha suci Allah.

Antara kesan pengambilan epidural ialah sakit kepala yg berpanjangan. Syukur, aku tak mengalaminya hingga ke hari ini. Setakat sakit kepala biasa-biasa tu adalah. Itu pon jarang terjadi.

Apa yg aku pelajari dr sini is to trust our doctor. They know the best for us. Dlm kes aku, spttnya Dr. Fatimah la doc yg aku selalu refer. So bila dia tak ada, aku rasa kurang yakin pd pendapat bidan. Tp bile Dr. Kamsiah dah campur tangan, memang nak taknak aku surrender jugaklah. Hehehe. Pengalaman.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat