Nasi Arab di Cyberjaya & Nilai

Aku tak pasti bila aku start jadi penggemar nasi arab. Tapi bermulanya lebih kurang dgn pembukaan restoran Saba' di Cyberjaya lah. Yang kemudiannya banyak lagi restoran yang menghidangkan makanan dr timur tengah tumbuh bak cendawan tumbuh lepas hujan. Ewahhh ayat mcm pemberita ko! Hahaha..

Kat Cyberjaya nie banyak dah restoran yg menghidangkan nasi arab. Macam-macam nama hidangan boleh jumpa. Dari mendi, kabsah, zorubian, hanith hinggalah shish tawook. Usually klu aku nak order, mmg kena tengok gambo dia dulu. Nampak OK, baru order. Nampak pelik-pelik sikit, memang kena tanya dulu sekian-sekian itu apa ini apa. Takot dah order nanti tak boleh makan pulak. Membazir nnti syaiton pon tepuk tangan. Not good ok!

Rasanya kalau kt Cyberjaya ni paling femes mmg restoran Saba kowt. Tp kalau korang jalan-jalan lagi, restoran lain yang ada pon tak kurang sedap masakannya. Contohnya cam restoran Sana'a & Marhaba. Sana'a kalau tak silap aku kat area Neocyber while Marhaba pulak kat area Cyberia MMU. Lately tekak aku prefer Marhaba punya nasi arab sebab sedap & murah. Cam dish Zorubian Chicken tu cuma RM10 aje ok! Mendi & Kabsah pon sama harga kalau tak silapnya.

Pd aku Saba punya nasi cam dah kurang sket. Dia dh tak moist mcm dulu. Tp kat Marhaba mmg moist. Makan nasi nya aje pon sedap huhuhu. Portion ayam/kambing mmg sentiasa memuaskan. Jangan risau walaupun harganya murah. Supposedly Marhaba akan berpindah ke The Street Mall tempat D'Arif Cafe beroperasi dulu. Skrg masih dlm proses renovation & hopefully lepas puasa dh beroperasi. We'll see....

Dekat Nilai pulak ada restoran nasi arab al Zahara. Kat sini pon terbaek nasi arabnya. Harga mahal sket drp Marhaba dlm RM12 la sepinggan for mendi chicken. Consider berbaloi la sgt sbb portion as usual mmg besar. Selalu aje tak habis makan eventho makan time perut kosong or lapor tahap dewa.

Ada lagi 1 restoran arab kat Nilai. Dekat Dataran Nilai namanya Marhaban Bikum. Restoran nie operasinya oleh orang melayu. So pada aku ada rempah ratus yang tak cukup. Umppphh tu takde. So aku tak suggest la pergi kat sini. Hehehe. Aku pernah pergi sekali aje & taknak pergi lagi dah. Nasi arab rasa nasi melayu. Hehehe.

Nasi arab kat foodcourt Uniten, Bangi pon femes jugak kan? Abg aku pernah tapaukan dulu utk rasa. Mak ngn Abah aku pon suka nasi arab kat situ. Tp klu deme dtg rumah aku, aku nk bwk makan kat al Zahara tu. Dekat & dijamin sedap!

letak gambo makanan dah abes aje hahaha..ni masa aku & habi mkn kt Saba' sama-sama. blm kawen lg nie he he


# nak letak gambo nasi arab tp takot korang terliur. x baek taw buat org puasa terliur he he he =P






Popular Posts