Persiapan Raya Setakat Ini

Camne dgn persiapan raya korang? Dah banyak yg ada? Tak menahan baru nk masok hari ke-4 pose citer psl persiapan raya wkwkwkw. Buat persiapan awal la bagos. Takdelah tak terkocoh last minute baru nk shopping kan. (ayat defensive hakhak)

Baju kurung yang sedondon dgn Naurah dah dapat Jumaat lepas. Tak sabar nak pakai hihi. Then ada jubah hitam yg in law belikan masa diorang ke umrah ritu. Balik Johor last week mak bagi jubah putih sebab dia salah beli saiz. Kena pulak dgn saiz aku hewheww. Rezeki dapat jubah free lagi. So ada 2 jubah baru lar aku raya nie =D Disebabkan itu, aku cuma perlu cari lagi sehelai kurung ready made yg habi sudah janjikan mahu membelikan (rosak ayat BM aku kohfs). Tak cari pon lagi. Maybe nnti ada yg berkenan kt mana-mana. Seb baeklah badan gomok nie masih boleh pakai XL. Kalau tak harapan lar nk beli baju ready made kehkehh

Kuih raya? Buat masa ni cuma dah tempah tart nenas yg sedap & murah aje kt opis nie. As usual otak fikir nak beli kuih yg sendiri suka makan aje. Sebab? Org skrg dtg rumah bkn nk makan kuih sgt. Lagi pulak kite pon lebih suka nak masak yg simple buat jamu tetamu mcm mee goreng ke bihun sup ke kan? So end up kuih tak terusik mana. Balik-balik tuan rumah kena perabih sendiri. Thats y la kena beli kuih yg kita minat. Logik kan? ^___^

Aku plan nk beli kerepek ke coklat ker kacang ker. Benda-benda yg kita suka nak kunyah-kunyah. Takyah beli banyak-banyak pasal balang pon ada 6 aje. Brand Luminarc beli kat Langkawi hari tuw. Buat ada-ada aje kuih raya nie. Eventho rasa xde tetamu pon nk dtg, manelah tawu tetibe ada pulak. Takdelah runsing sgt takde ape nak dijamu. Tak dpt buat mee goreng, kuih pon da OK. At least ada. 

Tahun nie tak sure lagi nak buat open house mcm tahun lepas ke tidak. Semuanya bergantung pd bajet. Tapi sbnrnya aku mmg suka buat open house nie. Lagi pon aku bkn jemput semua orang. Tak mampu lar nk jemput ramai-ramai sgt. Takde kudrat pasal masak sendiri aje gotong royong dgn habi. Opismate yg datang selalunya orang yg sama aje. 2 orang haha. Bloggers arr yg meriah sket. Pastu belah family habi pon blh tahan ramai. Cuma kadang aku rasa segan sbb jamu pak-pak & mak-mak sedara yg senior. Kita nie muda-muda buat makan-makan ala kadar aje. Malu pulak rasanya huhu.

Bab nak cat rumah, rasanya tak jadi. Habi taknak T__T Dia mungkir janji. Tak kuasa dah nak argue. Tp aku request nak cat tembok kiri kanan kt porch kereta tuw. Dah berlumut hitam pon ada psl kena air hujan. Wajib di cat semula. Yang ini klu dia taknak jugak, mmg aku nak bwk diri balik kampong naik bas dgn Naurah raya ngn family aku. Bwahahaha. Anganan palsu.

Harapnya esok gaji dah masok. Selagi takde RM, berangan ajelah yg mampu......eyhhh...gaji nie dah kena asing siap2 duit raya anak buah ker? Takot nak berharap gaji awal nak raya nti. Buatnya tak awal.....kesian anak-anak buah aku dapat sorang RM10...kohhhfsss =P






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat