Resipi Siakap Tomyam

Masakan nie terhasil bilamana aku terpengaruh dgn entry Mak Nani Rostam semalam. Sejujurnya aku tak pernah makan & tak pernah masak. Usually siakap adalah masak 3 rasa atau kalau kat kedai aku suka masak stim lemon atau stim asam boi. Maklom ler rumah orang takde pengukus. Bila makan kedai, harus pilih menu yang aku tak boleh nak masak kat rumah. Barulah berbaloi-baloi kan?

Tak susah nak masak siakap tomyam nie. Sebab siakapnya digoreng tepuung macam biasa & kuah tomyam dimasak secara berasingan. Bila nak makan, curah kuah tomyam panas-panas & nikmatilah hasil yang terbaekkk! Hehehe. Ok, nie resipi simple yang cepat & pantas aku masak utk lauk iftar & sahur semalam.

Didihkan air & masukkan 2 kiub tomyam
Hiris bawang besar & masok dlm
Lobak & serai yang dititik pon campak masok dalam
Letakkan jugak helaian daun limau purut & tomato
Letak garam secukup rasa

Ikan siakap dilumur dgn tepung serbaguna
Letak serbuk kunyit jugak (aku suka rasa kunyit pd ikan goreng hihi)
Garam secukup rasa

Bila ikan dah siap goreng, asingkan dlm pinggan berasingan
Nak makan, curahkan kuah tomyam tadi.
Not bad jugak kombinasi ikan siakap & tomyam =) Silalah mencuba yer

Selamat menjamu selera!




Popular Posts