Senyum Tanda Suka =)

Kat rumah MIL, aku memang tinggalkan dalam bilik 1 buku yang bila ada masa lapang, mesti aku akan ulang baca. Bukunya bertajuk ' Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah SAW '. Rasanya dulu dah pernah cerita yg buku ni aku beli masa awal-awal kawen dulu. Sebagai ingatan & pedoman macam mana nak jadi isteri yg solehah & disayangi. 

Ramai wanita yang take it for granted aje bila dah kawen nie. Rasa macam tak perlu cari ilmu camne nak jadi isteri. Let it be 'au natural' kengkononnya. Hehehe. Tak semestinya tak baca buku, kita akan jadi isteri yg tak solehah kan? Takde jaminan pon samada baca buku/timba ilmu dlm hal rumahtangga ini akan menjadikan rumahtangga kita bahagia atau pun tidak. Dan aku sama sekali tak perlekeh pd isteri yang ambil mudah dlm bab menjadi isteri ni. Setiap orang ada cara masing-masing. Who am I to judge? =)

It just that knowing myself too well, I decided to buy a book that will guide me here & there on becoming a lovable wife. Bukan a desperate housewife ok! (eventho aku suka betol tgk siri nie hewheww).

Buku ini ditulis oleh 2 orang penulis. Dan keduanya adalah seorang lelaki juga seorang suami. Memang menarik bila membaca buku yang khas ditujukan utk wanita tetapi ditulis drp sudut pandangan lelaki. Ia membuatkan kita lebih sedar akan kehendak-kehendak & pemikiran seorang lelaki.

Siryes buku ni memang banyak membantu aku dr segi komunikasi dengan habi. Macam mana nak tackle hati suami, macam mana nak gunakan bahasa badan kita sbg salah satu bentuk komunikasi tak lansung, macam mana nak tahu how he thinks. Memang sangat banyak ilmu yg aku timba dr buku tu. Dan tak pernah pula jemu mengulangnya utk mengingatkan diri yang selalu khilaf ni.

Contoh ilmu yg aku dapat ialah seorang perempuan lebih cenderung utk bercerita tentang dirinya sendiri kepada orang lain. Manakala seorang lelaki pula tidak gemar menceritakan tentang perihal dirinya & lebih suka bercerita tentang topik yang general.

Tak pastilah korang setuju ke tak dgn pendapat tu. Tp aku memang setuju. Hehehe.

Cara lelaki berfikir nie kadang terlalu lurus. Dia teros capai kepada matlamat. Tp perempuan nie kita suka fikir bengkang bengkok. Maklumlah ada campur aduk dgn emosi. Memang sangat berbeza kejadian penciptaan lelaki & perempuan neh. Tapi yang pastinya...lelaki & perempuan mmg saling melengkapi diri masing-masing kerana itulah hukum Allah.

Surah An Naba' yang bermaksud :-

( 8 ) Dan Kami(Allah) jadikan kamu berpasang-pasangan.

Bila Allah sendiri sudah nyatakan seperti itu di dalam al Quran, maka diantara lelaki & perempuan itu pastinya ada tarikan yg akhirnya menjadikan kita saling melengkapi antara satu sama lain. Keserasian itu boleh dicari & jangan mengharap ianya datang sendiri. Bila ada yang tidak serasi, carilah jalan bagaimana utk menanganinya. Jangan biarkan ianya terus menjadi 'kudis' dalam perkahwinan. Kerana dikhuatiri lambat laun ianya akan merebak & memakan diri kita. Wallahualam.

Dalam buku ni juga banyak tips yang diberikan utk menambat hati suami. Bila aku baca buku nie, mesti aku pandang habi & senyum-senyum. Habi dah cuak mikir gapo bini aku nie macam orang tak betol? Wakakaka. Tp bila dah selalu sangat dia nampak aku dok senyum sumbing kt dia sambil pegang buku tuw, dia pon dah tak hairan sgt. Dah tawu bini dapat idea pelik-pelik dr situ. Elehhh....pelik pon end up suka jugak. Senyum tu tanda suka lah kan? ^____^


Apelah 2 beranak ni cuba lakukan yerp?



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat