Sesuatu Yang Misteri
Cer korang tengok gambo di atas neh. Kalo korang berada kat tempat aku, ape perasaannya?
Situasi nie berlaku di Kundasang, Sabah. Berderau darah bila tengok bas depan tu haaa. Sempat pulak aku snap gambo masa ni yek? Huhuhu. Ate camera mmg always standby kan? Aku kan mamarazzi =P
Aku ada tabiat klu rasa takot sgt bila habi take over kereta lain kat jalan biasa, aku mesti akan pejam mata. Sebab takowt sgt. Huhuhu. Taknak tgk pemandangan ngeri kereta kita berdepan dgn kenderaan dr arah depan sana. Ngeri giler. Lagi-lagi kalau lori atau bas. Memang ingat Allah ajelah.
Sebenarnya nyawa kita nie sentiasa berada di hujung tanduk kan? Everytime kita menaiki kenderaan, kita takkan tahu samada kita akan selamat sampai ke destinasi ataupun tidak. Tak kisah lah kita bawa laju atau perlahan pun. Kemalangan boleh berlaku anytime. Sometimes ade kereta lain yg tiba-tiba masok jalan kita. Kdg kereta depan tiba-tiba berhenti sebab rosak. Byk kemungkinan yg boleh melibatkan kita dlm kemalangan.
Duduk kat opis pon bukan selamat mana. Klu Allah takdirkan bumbung bangunan ni runtuh ngempap aku? Apo nak dikato? Semua tu dlm kekuasaan Allah. Kita sbg hamba-Nya ni mmg tiada daya & kuasa lansung! Betapa lemahnya kita hidup sbg manusia di dunia ni kann?
Setiap yg bernyawa, pasti akan merasai mati. Walaupon kita menyorok dlm bilik kosong sorang-sorang, malaikat maut tetap akan sampai bila sudah tiba masanya.
So what we can do about it?
Berdoa. Berdoalah spy kita mendapat kematian yang baik & mudah.
Aku memang selalu terfikirkan pasal mati sebab ianya terlalu misteri. Perasaan takut krn tidak tahu bila aku akan mati membuatkan aku selalu kagum dgn kekuasaan Allah. Hanya kepada-Nya kita berserah. Moga Allah permudahkan kematian kita semua. Wallahualam.
p/s: aku juga selalu membayangkan kehidupan aku selepas mati iaitu semasa di alam kubur. mengapa? kerana ianya sesuatu yg diluar pemikiran manusia. ianya juga sgt misteri. bagaimanakah agaknya ya?