Alahai Si Puteh & Si Oyen

Semalam telah berbuka kali kedua dihotel utk minggu terakhir berpuasa nie. Nothing special to write about. Gambo pon takde amek pasal syok nyembang aje kihkihh. Naurah sebab dah 2nd time pergi tersangatlah independent & tak takot dah ramai-ramai gitu. Siap main tangga sensorang sambil aku mengambil foods kat area luar. Seb baek pandai pulak dia carik aku lepas tu. Nampak dia happy & selesa. Tp bile kena tegur dgn orang yg dia tak kenal, as usual mendiam seribu kata. Haha

Hari nie aku akan memasak utk kali terakhirnya di bulan Ramadhan. Ada ikan tongkol & sotong. Ngam-ngam utk dibuat lauk iftar & sahur. Lepas tu freezer akan kosong. Takde pembaziran lansung. Esok aku & habi akan berbuka kat Burger King lagi kot. Itu pon tanpa Naurah sbb bdk tu akan ikot Wan nyer balik Semenyih terlebih dahulu kes taska cuma bukak half day. Kupon Burger King yg aku beli ritu pon masih banyak lagi. Rugi kalau tak digunakan sbb penjimatan yg berganda. Beli 1 burger, dapat FREE 1 burger. Best tak best la kan? Hihi

Hari nie ke opis dh nampak ada pengurangan jumlah kereta di jalan raya. Terutamanya di kawasan pekan BBST nak ke taska Naurah. Jiran sebelah rumah pon nampaknya dah bercuti pasal nampak dua keretanya masih di porch. Gerak balik ke Muar hari nie agaknya dgn kereta baru Avanza nya tuh.

Skrg aku tgh pening tentang kucen 2 ekor kt rumah tu. Si Puteh & si Oyen. Seminggu takde orang kat rumah weyhhh. Kesiannya diorang takde sape nk bg makan. Tp aku soh habi try tanya jiran pakcik teksi yg selang sebuah rumah dgn kami tuh. Pakcik tu selalunya mmg tak balik kampong. So maybe dia blh tlg bagi kucen kami makan since dia pon ada bela kucen jugak. Worst come to worst, kena beli feeder kecik yg jumpe ritu kat kedai pet. Or maybe rini blh pergi Putrajaya kejap kat Prescint Diplomatik cari feeder yg besar sikit. OK boleh diusahakan lagi ttg nie. Masih ada lagi sehari. Moga Allah permudah.

Inilah yang susahnya bile bela kucen. Kami nie dah ler jenis balik kampong lama-lama & suka pergi holiday sana sini. Nak hantor kucen tempat boarding mcm malas lah pulak. Kat mana tempat yg terdekat ntah. Kang bulan 11 ada nak pergi ke Medan lagi. 4 hari jugak tu kami takde kt rumah. Adehhh...mmg perlu sgt cat feeder kt rumah. Nk beli yg auto mahal dlm RM300 gitu. Byk sgt masalahnya huhu.

Nanti klu Puteh & Oyen dah takde, malas da nak bela kucen lagi. But I love cats so much hehehe. Serba salah dibuatnya hewheww




Popular Posts