Berdarah Di Hari Terakhir Ramadhan

Sehari sebelum 1 Syawal kami sekeluarga masih berada di BBST. Aku & habi masing-masing mengemas rumah utk yg kesekian kalinya utk menyambut Syawal. Kira macam persiapan terakhir la nie. Tup tup habi menyuarakan keinginan dia utk mencantas pokok buluh jiran sebelah yg dah masok ke halaman rumah kami & agak mengganggu gugat performance piring Astro kt tepi tu. Jiran lelaki bujang memang jarang ada kt rumah. Sebulan sekali pon payah nak nampak btg idong dia. 

So habi ckp mamat tu OK kot sbb dah masok kawasan rumah kami pokok buluh dia tuw. Nanti jumpa dia ckp ajelah kita dah cantas sket pokok buluh dia tu. Should be no problem katanya. InsyaAllah. So dia pon soh aku pergi ambilkan pisau besor sket nak cantas buluh yg dah merimbun tuw. Habi panjat tembok rumah & start mencantas sambil diperhatikan oleh aku & Naurah. Syok betol Naurah tgk ayahnya mencantas pokok. Sebok la dia main ranting buluh buat penyapu.

Kawasan sekitar taman dah mula lengang. Ramai yg dah balik ke kampung masing-masing maybe. Maklomlah itu adalah hari terakhir di bulan Ramadhan. Kereta lalu lalang depan rumah pon sangatlah berkurangan. Best aje environment tak ramai org kat taman. Sunyi & tenang. Mendamaikan =)

Tiba-tiba aku dapat idea nak ambil bbrp ranting buluh kecil-kecil buat masuk dlm tirai pintu bilik Anje & bilik stor spy lebih kemas berbanding guna tali rafia. So aku pon amek pisau yg agak besar jugaklah beli masa shopping kat Langkawi bulan May lepas. Beriya aku mencantas daun-daun buluh pd ranting buloh sehingga tiba-tiba...zassssss!!! Ianya berlaku sekelip mata & aku sangat takde idea camne pisau tu boleh terzass kat jari kelingking aku. Tiba-tiba je nampak darah merah dah start menitik ke lantai porch kereta...tisss...tisss...dengan lajunya.

Allah! Itu ajelah yg terpacul dari mulut aku masa tu. Pastu terus sebut " Abang....". Habi pon nampak and terus soh basuh dgn air paip kat porch kereta tu. Habi pulak pantas masuk dalam rumah ambil tisu bbrp helai suruh aku tekap luka kat jari tuw. After that aku dengar habi start batuk-batuk & muntah. Kesian habi. Dia kan tak boleh tengok darah banyak-banyak. Naik pitam teros dia. Naurah dah start nak menangis tengok keadaan aku & habi. Budak tu memang sentimental sket bab sakit-sakit nie. Even though bukan dia yg sakit.

Pucat lesi agaknya muka aku masa tuw. Bila tengok darah yg menitis, mmg dah agak mesti dalam jugak luka nie. Badan terus rasa seram sejuk macam nak demam. Sudahnya terbaring atas sofa menahan sakit kat jari. Habi ajak pergi klinik sbb klu dalam kenalah jahit kan? Oii...dengar jahit teros aku geleng kepala. Ngeri. Letak mintak gamat sudah. Bila tukar tisu, nampaklah darah merah byk meresap kt situ. Lantas luka pon terbuka semula & darah mengalir lagi. Ahhh ngerinya tengok.

Tengahari itu aku mandi dgn tangan kiri terangkat. Sampai rumah MIL dgn jari berbalut. Alasan yg sangat baik utk tak tolong buat kerja potong-potong kat dapor. Padahal waktu kami sampai FIL dah start nak masak rendang daging sekuali besor. Memang menantu hantu betol. Hahaha. Habi yg taknak balik awal. Kite sbg isteri kenalah patuh aje kan? Hewhewww (padan la jari kena pisau gaknye hihi)

Tp best sgt masa terbaring mcm luka parah kt rumah kan psl habi tak kasi dah buat keje, habi usap-usap kepala pastu kiss at my forehead berulang kali. Gaya mcm sayang sgt kt wife dia nie hah. Padahal luka kt jari kelingking aje. Jaoh kowt drp jantung yg berdenyut kihkihhh =P Aku mmg pandai buat drama kesian. Manje tak hengattttt hewhewww

Sekian, kisah sehari sebelum 1 Syawal. Luka kat jari nie masih sengal-sengal jugak taw sampai skrg.  Dahsyat betol penangan jari terhiris pisau neh +__+

Sehari selepas kejadian, habi kena cirit birit. Sgt pelik sbb dia sorang je yg kena dlm rumah tuw. Apa yg dia makan, kami pon makan. Seb baek 2 hari je sakitnya pastu baik sendiri.

p/s: tahukah anda bahawasanya pokok buluh, pokok ciku & pokok kelapa gading dikatakan tempat landing 'jin'. deme suka buat rumah kat pokok-pokok tersebut. adakah ada kaitannya dgn jari terhiris pisau & ceri beri habi? wallahualam bissawab. ikot hati x suke pokok buluh tu ada kt situ. tp dh jiran yg tanam. apo nak dikato???






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat