Burger Bakar Abang Burn (caw. Nilai)

*kredit to facebook Abg Burn

Nie cerita last weekend nie. Gambo aku snap gune camera habi pulak. Malas pulak nk bawak opis transfer kt pc. So drp aku lupe nak cerita, baek aku buat je n3 nie walaupon tanpa gambar. Aci jelah korang yer? Hehehe...

Burger nie beli lepas makan iftar kat rumah in law. Senang kata dah kenyam lar. Tp sbb tak tawu lg bila dapat merasa, so habi pon gigih la drive jugak ke MMA Santai Corner tu. Sampai sana ngam-ngam pukul 10.05pm macam tuelah. Gerai baru je bukak balik selepas berhenti utk berbuka & terawih.

Aku tunggu dlm kereta aje pasal Naurah dah tertido di pangkuan. So habi beratur kejap aje dlm 10-15minit dah balik semula. Tak ramai org katanya. Good! So sampai rumah, makan lah kami burger masing-masing. Daging burger nya aku berkenan sbb tak tebal sangat mcm burger bakar kat Wangsa Maju tu. Tp yg lain-lainnya tak kena tekak lar weyh. Mayonis cam likat/pekat cam gam. Pelik aku samada itu mayo atau tak. Tp tak sedap mcm mayo rasanya. Pastu mcm takde sayur-sayuran kt burger. Ada pon cam sikit sgt kot.

Tak pasti samada makan masa kenyang memang tak sedap ke guane. Tp mcm tak teringin nak makan lagi dah. Habi pon ckp lg sedap yg kat Wangsa Maju drp yg ini. Wallahualam.

Maybe kami salah pilih burger ke guane. Sbb byk aje kan menu burger yg ada kt situ. Habi kata masalah sbb takde gambar. Klu ade gambar & penerangan sikit ker lagi bagos kot. Ini cam buta-buta aje order burger yang kita tak pasti akn dpt mcm mana rupa & rasanya. Klu kita tnya banyak2 kang kesian org kt belakang tunggu lama. So habi pon takde peluang nak tanya. Order je ikot sedap mulut.

Tapi kan...rasanya aku mmg tak gemor sgt kowt jenis-jenis burger bakar nie. Dah 2 kali beli dua2 tak menepati piawaian tekak. Aku asyik la teringat-ingat burger biasa Ramly zaman dulu-dulu kat Serdang & Semenyih. Lagi puas makan & kompem ulang berkali-kali.

Bukan niat nak kondem burger bakar mana-mana. It just that tekak masing-masing, kenalah korang cuba dulu utk tahu sendiri selera guane. Sekian.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat