Cuti 3 Hari

Puasnya rasa cuti 3 hari neh. Kan best klu memang seminggu keje 4 hari & cuti 3 hari. Barulah seimbang sikit kan? Hahaha. So entry nie cuma nak cerita tentang weekend yg lepas aje. Hari Sabtu tengahari bertolak ke Wangsa Maju a.k.a. rumah Kak Ya. Sampai sana dlm pkl 2.30pm & pukul 3.00pm dah kuor balik pergi Kafu cari lauk nak masak utk berbuka & bahan-bahan utk buat kuih raya.

Tak sempat punggung nak panas ddk dalam kereta, dah pon sampai Kafu hewheww. 5 minit jer dr rmh Kak Ya. Nice. Tp umat manusia tersangatlah ramai di bulan puasa nie. Shopping complex mmg jd pilihan umat Islam utk menghabiskan masa seharian kot. So cepat sikit masa berlalu. Tau-tau dah nak tiba waktu utk memasak & berbuka. Siryes klu bln x puasa, takde pon sesak mcm tu. Kat mana-mana shopping complex pon situasinya sama aje.

Lepas beli segala yang dihajati, sampai rumah terus bz nak memasak pulak. Menu hari pertama disana ialah home made lasagna, ikan siakap & bawal emas masak 3 rasa & broccoli+asparagus goreng butter & sos tiram. Memang aku tak makan nasi pon berbuka kali nie. Ratah aje semua yg ada. Kenyang jugak rupanya tanpa nasi kihkihh. Habi tetap nak pekena nasi jugak sikit. Takpelah...lemak kt perot dia dah hilang semuanya. Habi klu puasa mmg senang turun berat badan. Lemak kat perot aku je yg mcm tak susut dah. Nyampoh!!

Settled hari pertama, hari kedua pulak. Pagi lagi dah nyopping lg kat Kafu. Pastu start 2pm dah menguli tepung bagai. 2 jenis kuih kami berjaya settlekan. Tart nenas (request by A.Eddy) & suji Brunei. Bahan-bahan nk buat kuih siput rangup dah ada. Tp alat nak membuat siputnya yg takde. Hahaha. So tak jadi ler buat kuih sipot +__+

Menu berbuka hari kedua pulak, asam pedas daging (special by me =P), kerisi goreng, ayam bakar madu & asparagus goreng tiram. Berbunga aje hati psl Abg Eddy puji sedap asam pedas daging tuw. Dia tu kan selalunya klu bab makan sangat cerewet. Mak aku selalu aje berbuku dihati sbb sllu kena komen tak best dgn abang aku sorang neh kehkehh. Tp aku tak ngaku pon aku yg masak. Diam aje huhu. Tp lps tu kerek dgn habi psl masakan kena puji. Hahaha...nyampoh je habi dengar hihi

 Lepas sahur kami gerak balik ke Sepang since Kak Ya adalah kerja pd hari Isnin. Sms Ann ckp nak datang hanto tart nenas dia & Hany. Kebetulan dia mc psl kes tergolek dgn Kaisya tertimpa atas badannya. So molek sgt teros anto rumah aje. Sembang kejap aje psl kami nak cepat balik rumah. Sambong tido sikit. Buruk perangai sungguh hahaha. Pukul 12tghari kami keluar dgn misi mencari baju melayu habi, kurung kedua aku & 2 helai dress Naurah.

Memule singgah Nilai 1 dulu & kurung ready made adalah sangat banyak pilihan. Siryes takyah pegi Jln TAR dah. Lawa-lawa & up to date designnya. Ada gak yg tak lawo tp tak payah la tengok kan? Hehehe. Harga pulak korang kena pandai tawar. Sbb deme letak rege mcm nk buat kite tampo aje. Kurung pahang aku beli tepi jalan $60 dapat. Kain sama, fesyen sama dia letak sampai RM140. Ko ingat aku bodoh ke ape? Maroh betol aku tgk. Mmg aku perli-perlikan aje penjual tu. Penjual indon pon yg byk. Pastu cam kerek aje taknak bg turun rege sgt. Piirahhhh. Byk lgi kedai lain aku blh pergi kat situ.

Kedai dekat-dekat aje. So jgn malas nak ushar & bargain the best price OK! Geram taw tengok byk sgt design lawo-lawo. Tp bg orang yg badan gajoh mcm aku nie pilihan kurang ler sikit. Mak boleh muat saiz XL aje noks. Itu pon klu yg jenis kurung moden tengok naseb. Kdg tak muat jugak. Kesian kan? T_T So akhirnya dpt beli baju melayu merah oren utk habi & kurung purple utk den. Naurah tak payah sbb dia dah ada 3 kurung. Awak tinggal nak beli dress aje yer!

Hari pertama aku & Naurah sedondon with habi berbaju melayu. Merah theme kami u olls. Jgn tergugat klu jumpa. Haha. Hari kedua aku masih berbaju kurung, habi shirt baru & Naurah with dress. Yang ini theme purple gitu. Settled utk 2 hari punya outfit beraya with in law this year ^__^ Hari ketiga kita pakai caca marba pasal nak balik Johor je pon kehkehh.

Settled je kat Nilai 1, kami gerak terus menuju ke selatan. Destinasi seterusnya Aeon Seremban 2. Bajet nak shopping kat nogori pasal Selangor kan cuti. So shopping complex kt Selangor kompen ramai gilak orang. Nogori tak cuti so bajet tak ramai org ler. Tp harapan tinggal harapan jer. Ramai jugak org mcm deme pon cuti sama +__+ Tp slightly better kot. Parking penuh tp umat kt dlm bangunan blh diterima akal lagi lah. Kami shopping kat Aeon nyer dept.tu aje. Dpt rembat shirt raya habi seketoi & dress Naurah 2 helai. Bdk tu ada 3 kurung & 3 dress. Untung nyer awak jd anak tunggal buat masa ni hihi. Kasut dia takyah beli psl PIL dah belikan hari tu sekali dgn dress purple dia tuh.

Naurah cam buat peel aje masa shopping kt sini. Pertama sbb dia tak dpt tido drp pagi. Keduanya, aku bajet msti dia dh lapor ni. Pagi td makan bubur McD aje dia. So aku pn ajak habi g food court Aeon & ramalan aku benar belaka. Byk dia balun nasi goreng pattaya. Lepas kenyam, terus jd angel balik like usual. Instinct ibu selalunya kuat & betul utk anak kan? ^__^

Lepas shopping, terus balik BBST & flat kejap. Layan olimpik dulu. Naurah bantai tido dr dlm kereta sambung kt rumah total 2 jam setengah. Kepenatan lar tu. Rehat kejap, aku pon start masak utk berbuka. Menu smlm adlh sambal sotong, kerisi kicap & tumis air bayam. Sekian.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat