Family Day 2012

Wahhh...baru dapat good news from HOD. Bulan 12 nie company buat Family Day kat Langkawi. Tiket flights, hotel semuanya sponsored by company. Weeeeeee ^___^ Dapat naik katerbang lagi la kite Naurah. Budak tu kan sukaaaa sgt naik katebang psl ibu ayah dh biasakan dari kecik. Asal nampak katebang aje request nak naik. Huhuhu. Pulak rumah dekat dgn airport. Sokmo nampak katebang besor-besor nak mendarat hewheww

Yang bestnya boleh bawak spouse & children yg below 18 years old. Dah lama tak buat Family Day. Last adalah tahun 2007 at Sunway Lagoon. Itu pon event sehari aje yg sangat lah memenatkan badan. Sesak-sesak kat tempat tak bape nak besor gitu memang rasa tak bape nk best. Seb baek masa tu aku masih bujang. Boyfren pon orang lain bukan habi kahkahh =P

Then after that ramai staf yg pilih buat dinner aje for every 2 years. Takde dengar ura-ura apa pon ttg tahun nie. Tup tupp bos panggil semua masok meeting room lps balik meeting & announced ttg family day nie. Senyum sampai ke telinga semua orang haha. Eventho Langkawi takdelah syok mana bagi orang-orang yg dah biasa pergi, tp klu event company nie lain sikit suasananya ye dop? Pastu kita ada aturcara majlis yg kena dipatuhi. Tak blh suka-suki melilau soping sana sini. Seb baek bln 5 lepas aku dah pegi soping puas-puas dgn Kak Ya =P

Penginapan kat sana pulak ditaja by Tan Sri MK lar our chairman. Langkawi Lagoon Resort nama tempatnya. Tak pernah lagi duduk sana. So harapnya mmg best ah duduk situ. Tengok kat website dia macam OK jugak. Tengok rate bilik semuanya dlm kategori tak mampu -.- Nama pon 5 star hotel huksss

Ahhh...excited sungguh rasanya dgn holiday tak dirancang neh. Rezeki kami anak-beranak =)

Tarikh adalah semasa cuti sekolah dari 8 hingga 10 Disember 2012. 11hb negeri Selangor cuti sempena birthday Sultan. So ada 1 hari utk berehat-rehat di rumah. 10hb company bg cuti FREE pergi ke Langkawi tu. Weeeee.....

Yang kelakarnya....hurm.....takto nk kata kelakar ke ape...percutian ini genap sebulan selepas kami bercuti di Medan. He he he. Kami akan berlepas ke Medan pd 9 November hingga 12 November. Percutian 4 hari 3 malam bersama 2 adik-adik den Anje & Hirraz. Terbaekkk tak? Ha ha

Money....come to me plissssss...


# eyhhh...2 kali tahun nie pergi company trip naik katebang. ritu Terengganu. this time Kedah. untung jugak kawen laki bini 1 kompeni ni. we win some, we loose some. medical claim drp peruntukan 2 org dah jadi 1 org +__+





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat