Ikan Bawal Rebus Asam

Yer. Kesian orang yg takde pengukus neh. Nak kukus dlm oven tak reti lagi. Loyang pon tak bape nak banyak. So kite guna kaedah rebus ajelah yerp. Tapi hasilnya aku rasa lebih kurang kukus aje. Tetap sedap gitu. For those yang takde pengukus mcm aku, boleh la try resipi rebus nie yerp. Sedap woh rasa masam-masam gitu. Pastu wangi bunga kantan lagi. Perghhh...membuka selera bila dihidang panas-panas tu. 

Ok, meh kita mulakan resipinya....

Seekor ikan bawal
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi/cili burung
Halia
Serai
Bunga kantan
Asam keping
Tomato
Kentang
Garam

Cara-caranya pula...

1. Rebus 2 cawan air dalam kuali & biarkan mendidih. Bila dah mendidih, campakkan ler bawang besar, bawang putih, halia, cili burung & bunga kantan yg dihiris-hiris. Masukkan jugak serai yg dah diketuk & kentang yg dipotong ikot selera korang.

2. Bila dah mendidih & yakin kentang dah lembut, masukkan ikan bawal pulak. Boleh dah masukkan asam keping dalam 5-6 keping. Masam-masam lagi syok wooo...masukkan juga tomato yg dah di belah 4.

3. Perasakan dgn garam & bila yakin ikan dah masak, tutup api & hidangkan.

Selamat mencuba!


# salah satu menu yang sihat



Popular Posts