Jagalah Hati

Adakah perlu utk kita menyatakan kekurangan diri seseorang tanpa mengira bagaimanakah perasaan orang itu? Is it really necessary?

Itulah persoalan yang paling ingin aku tekankan disini.

Ada orang memang puas rasa hatinya dapat menyakitkan hati seorang manusia yg lain. Ya Allah...jenis manusia apakah yg seperti ini?

Sebenarnya tiada apa pun yang hendak dihairankan sebab kat dunia nie banyak aje orang-orang yang berhati batu. Maybe hatinya keras kerana terlalu banyak mengumpul dosa. Mungkin juga kerana dosa-dosa kecil yang akhirnya menggelapkan hati. Manusia spt ini hanya Allah yang dapat menunjukkannya jalan. Manusia sudah tidak mampu barangkali.

Mungkin dia lupa bahawasanya hidup di dunia ni hanya satu persinggahan. Di dunia inilah tempat kita menanam pokok & di akhiratlah tempat kita menuainya. Apalah yang kita dapat dengan menyakitkan hati seorang manusia yang lain? Apakah manfaatnya kepada diri kita? Tiada manfaat. Anda hanya mengumpul dosa. Nantikan balasan Allah di akhirat nanti. Mungkin tidak perlu tunggu hingga ke akhirat. Di dunia saja anda boleh mendapat pelbagai kesusahan.

Ingatlah bila anda rasa susah, maybe itu kerana anda telah menyakitkan hati manusia yg lain. Takkan selamanya anda akan berada diatas krn hidup ini umpama roda.

Kalau hati dah rosak, tiada gunanya akal & paras rupa. Semuanya bermula daripada seketul daging. Iaitu hati. Hati itu mencerminkan banyak perkara tentang diri kita. Malah cara pemakaian kita pon bertitik tolaknya drp hati.

Fikir-fikirkanlah.....

Jagalah hati.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat