Just An Update

Wahh..hari nie dah Syawal ke 5 kalau aku tak silap kira. Dah ada kat Johor dah pon =) Best sangat eventho Abang Eddy & family dah gerak balik ke Perak. Takpelah. Adik beradik yg lain semuanya masih ada kat sini. Meriah lar dgn anak buah semua. Naurah pon seperti yg dijangka sibuk main dgn all her cousins tak hirau ibu ayah sangat. Best tengok dia dah mesra dgn semua cousins & boleh main sama-sama. Kejadian menangis kurang sebab maybe dia pon dah besar sikit. Takde nak gado-gado sgt mcm sebelum nie. Main baik-baik aje semuanya.

Cuma si Abu Bakar masih lagi tak mesra dgn pakcik makcik belah kami. Dgn cousins dia je yg dia OK sikit. Selainnya cuma nak dgn ummi & walid nya. Dia aje pon yg paling kecil diantara semua cousins. So boleh dimaafkan lagi kot. Huhu. Eventho dia sebaya tahun dgn Naurah. Tp klu ikot bulan agak jauh jugak. Naurah bulan 2, dia bulan 11. Memang nampak beza terutamanya dr segi percakapan. Naurah dh blh sembang lagak mcm 'orang dewasa' while Abu masih dengan dunia kartun & tariannya. Kihkihhh.

Memang best kot dpt anak awal tahun nie. Tp rezeki aku utk tahun 2013 punya dh berlalu kot. Kalau ada rezeki pon dpt anak pertengahan tahun or hujung tahun. Kuikuii. Takpelah. Yg itu kite serah pd Allah sajalah. Only He knows whats the best for His servants =) Kita doa mintak yg terbaik aje drp Dia.

Anyway setakat hari ke-3 duduk kampong, masih tak boring lagi nampaknya. Setiap hari ada saje xtvt yg nak dibuat. Semalam sempat beraya rumah Mak Uda kat Kulai & Mak Ngah kat JB. Hari nie pulak pergi bandar Kota Tinggi beli lauk pauk & dedak utk ayam belaan Abah. Takdelah duduk rumah melangok sajo like usual. He he. Esok Kak Lin & family akan balik ke Senawang. Kurang riuh la rumah sbb 4 anak buah dah takde. Tinggal Abu dgn Naurah aje. Main la kome sampai lebam =P Diorang berdua pon molek aje main bersama. Tak banyak konflik. Ha ha.

At the moment aku tengah tengok kdrama Ghost online. Standard ahh klu tgk online Free mcm nie sokmo la buffering. Nak download aku tak rajin la pulak pasal tinggal 2-3 episode aje pon nak tamat ceritanya. So bersabar ajelah sambil layan kdrama, sambil update blog. Tak ker hebat tu boleh buat 2 benda yg diminati dalam 1 masa yg sama? Hewheww

Update blog nie pon sbb boring tunggu video buffer. So singgah jelah blog & update barang sepatah dua kata. Rasa rindu pon ada sbb ada dalam 6 hari kot takde update kt sini. Bz ahh dgn hal-hal family sampai rasa takde mood lansong nak update blog. Ala..bkn selalu pon kan aku tak menulis kat blog. Usually dlm sehari kadang sampai 3 entry pon ada. Sekali sekala nak jugak rest lelama. Dt refresh balik otak & skill menulis. Kadang rasa mcm nak tukar style menulis sbb sendiri baca pon rasa boring aje dgn apa yg dikarang. Korang tak boring ke baca tulisan aku kt sini? Huhuhu

Kadang aku boring jugak dgn apa yg aku merepek kt dlm blog nie. Macam takde hala tujuan tulisan pon iyer. Kejap citer pasal ni kejap citer psl tu. Cuma based cerita semuanya berkisar tentang life aku. Kdg ada cerita best kadang cerita bosan. Tp semuanya pon nak cerita. Ntah pape je rasa kadang tu. Ha ha. Blog nie patot masok kategori blog merapik meraban tak tentu hala kowt. Ntah. He he.

Nantilah aku fikirkan idea utk bg refresh isi dlm blog nie. Nak bg dia jd lebih berinformasi ke guane. Haha. Tengok la nnti mcm mana. Kalau masih tetap sama koram jgn marah pulak. Hahahhaa.

Sebenarnya aku dapat idea tentang every Friday nak post tentang kisah orang Yahudi. Cerita yg fakta yer bukan auta. Menarik betul sejarah orang Yahudi dgn orang Islam neh. In fact aku mmg ada buku tentang org Yahudi & negara Palestin. Baru je khatam baca buat kali kedua kt rumah in law hari tu. Pada aku memang sangat menarik tentang apa yg kita perlu tahu tentang kaum Yahudi nie. Samada secara sedar atau tidak, segala yg berlalu pd dunia hari ini banyak sangkut pautnya dgn orang Yahudi. Begitu juga dengan sejarah yg lepas sejak berabad lamanya. Buku itu membuka minda kita tentang siapa sebenarnya kaum Yahudi.

In fact dlm al Quran pon ada disebut beberapa kali tentang kekufuran mereka. Terus terang mereka memang berkuasa di dunia pd masa kini. Namun janji Allah itu pasti. Mereka pasti akan jatuh jua satu hari nanti. 

Aku tak pasti if ada orang yg excited mcm aku tentang kisah kaum Yahudi nie. Tp aku rasa ia satu maklumat yg sangat menarik utk dikongsi bersama. Kalau anda orang Islam yg prihatin dgn nasib saudara kita di Palestin, insyaAllah anda pasti tertarik dgn kisah yg akan aku tulis nanti.

Sama-sama kita nantikan yer. InsyaAllah =)





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat