Kisah-Kisah Penjimatan

1. puting botol susu Avent yg mahal adalah boleh digantikan dgn puting botol susu Baby Kiko yg wide neck. masa shopping kat Baby Dept. aku teringat pernah terbaca ttg kesesuaian puting botol susu Baby Kiko nie kat dlm 1 blog yg aku dah tak ingat.so gamble je beli 2 pek teros pasal murah. 1 pek baru RM5.90 ada 2 teats. sampai rumah aku try & bila goncang botol air tak meleleh keluar. yeayyy!! Naurah mcm pelik ah mula-mula tu nak menom. tp lama-lama dia nyonyot aje cam biasa. alhamdulillah =)

2.semalam belek-belek kasut utk raya dekat 15 minit. end up tak beli pon bila fikir ada kasut yg jarang dipakai & masih molek. tak perlu kot nak bazir duit utk beli semuanya baru. asal ade kasut sudah la kan? aku selalu fikir, adakah aku selalu tgk kasut org lain utk menentukan samada ianya kasut baru atau tidak? memang tak tengok & tak peduli pon. so, klu aku tak peduli maybe org lain pon tak peduli ttg kasut aku. maka lebih baik tak payah beli. pakai je kasut yg ada hehe. penjimatan lagi disitu =P

3.masa shopping dgn Kak Ya kat Kafu Wangsa Maju, aku amek aluminium foil rege dlm RM10+ lah. ada 2 kotak. so Kak Ya bagi aku 1 kotak bile aku story dah beli oven baru hewheww. rejeki hihi. tapi esen vanilla tertinggal pulak kt sana. bajet nak buat puding karamel +__+

4.my cik P klu masuk hari nie dah 3 days delayed.malas nk excited sgt sbb masih terlalu awal. kang kecewa aje lebihnya. so aku skrg tenang aje tak fikir apa-apa. rasa-rasa dia nak mai tu mmg dah ada. jerawat pon dah seketoi tumboh dekat hidong. sakit -.- kalau cik P tak mai, bkn saje tak perlu ganti puasa. malah pembelian pad pon dapat dijimatkan. betol tak?hahaha....ini mcm nak jimat tak bertempat aje kohkoff

5.hari tu habi amek sotong kat pasaraya sampai RM25.mahal kan?hahaha...xpe sbb dia yg bayor.semalam aku masak sambal sotong. tp gune separuh aje sbb yakin tak habis klu masak semua. ternyata ramalan aku berasas. ngam ngam habi habiskan sambal sotong sahur pagi td. takde pembaziran berlaku. next week blh masak sotong yg separuh lagi tuw =)






Popular Posts