M.A.L.A.S.

Sejak tak boleh nak berpuasa nie, malas benor aku jadinya. Penat badan mengalahkan orang berpuasa. Rasa macam nak relax teman Naurah tengok kartun aje lepas balik keje tu. Usually pinggan kotor lepas berbuka aku terus settlekan malam tu jugak. Tp skrg pepagi baru hegeh-hegeh nak basuh. Pastu sampai opis lambat nak marahkan habi pulak. Psiko betol klu tgh bendera Jepun neh -.-

Dah 2 sahur jugak aku tak bangun menunaikan tggjwb yg seblm nie dilaksanakan dengan sempurna. Sebab? Naurah time waktu jam henpon bunyi 4.45am tu mesti dia cam dah tido-tido ayam. Dia baring atas lengan aku & pelok kuat-kuat takmo lepas. Aku nak alihkan kepala dia, merengek pulak menangis. Sudahnya habi kata takpayah bangun lah. Dia je panas lauk & makan sorang-sorang. Kesiannya T__T Kebetulan Anje pon bercuti. So memang sorang-sorang la habi makan kat bawah tu sobbbsss.

Sahur tadi aku gigih la nak bangun jugak temankan habi bila tgk Naurah dah terlena. Sekali tgk jam dah 6.05am & habi pon dah naik atas solat Subuh. Ahh...bersalah betol rasanya aku masa tu. Tapi tetap sambung tido balik sampai pukul 7.00am kihhkihhh =P

Kes malas lagi....semalam habi yang masak lauk berbuka. Since masih ada lebihan lauk yg tak habis hari sebelumnya, so perlu cuma masak 1 lauk aje. Habi pon baik hati & faham kot keadaan bini yang psiko waktu-waktu mcm nie. Tak mengeluh pun dia goreng ikan sebelah pastu tumis sambalnya pulak. Sambal dia suruh aku rasa dulu sbb mmg x kompiden masak klu time puasa. Itu ajelah tugas aku ptg semalam. Merasa makanan hehe. Selebihnya teman Naurah tgk Ultraman Tiga sambil baca majalah Solusi & sedikit buku Dr.'Aidh - Hidangan Al Quran. Tak kuasa nak tgk Ultraman zaman 80-an. Tgk kualiti gambarnya pon dah sedih. Nmpk sgt citer zmn tok kadok di ulang tayang 50juta kali -.-

Hari nie aku berazam nak masak mcm biasa lauk yang sedap sedap utk semua orang. Pastu nak bangun sahur mcm kebiasannya jugak. No more malas malas OK!!

Wish me luck.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat