Menjelang Syawal & Doa

Dah akhir-akhir nie semuanya jd malas terlebih. Nak masak malas. Nak bangun sahur pon malas. Abes tu ape yg rajinnya? Menghabiskan duit. Haa...yg tu memang tak payah nak suruh rajin. Mmg rajin tak kira masa. Lepas tu menung bila fikir cukup ke duit yg ada sampai gaji yg seterusnya? Dasar orang tak pandai kawal nafsu mmg mcm nielah jadinya.

Semalam pon rasa malas gile nak masak utk iftar. Sudahnya masak yg simple aje mcm pari bakar percik, kobis bunga tumis air & ikan bilis goreng kicap. Seb baek habi makan tanpa bersungut. Cuma dia perli lately asyik guna kaedah kukus, grill, panggang aje. Eyh...dia tak tawu ke oven tu sgt membantu bila time malas memasak mcm skrg nie? Bukan tanda rajin tp tanda malas bg orang seperti aku. Hewheww. Yg penting rasa berbaloi beli oven ye dop? At least guna seminggu sekali pon dah cukop baik.

Dlm freezer tinggal sotong, ikan selar 2 ekor & ikan tongkol sekor. Rasanya tak perlu top up lauk lagi pasal rini berbuka kat hotel. Rabu pon hotel yg sama lagi. Tinggal 2/3 hari je yg perlu masak kt rmh. Cukup lah tu. Kalau nak tambah lauk boleh buat telur dadar aje. Ahh mee kuning pon ada sebungkus. Itu buat goreng utk sahur bila berbuka kt hotel. Masak separuh-separuh utk 2 kali sahur. Settled.

Malam tadi kami dh start packing baju bajan utk dibawa balik ke Semenyih & Johor sekali. Cukuplah 1 beg besar kaler kuning tu utk 3 beranak. Kalau tak cukup pon kena cukupkan pasal x kuase nak balik BBST semula semata-mata nk amek baju. Haha. Balik Semenyih tak sure lagi samada Jumaat nie atau Sabtu. Jumaat nie taska dah tutup. So klu MIL dh cuti, dia bwk Naurah balik Semenyih. Klu gitu, balik keje Jumaat kena gerak balik sana la nak taknak. Tp klu MIL tak cuti, Naurah bawak g opis la jwbnye. Sambil mengharap company bg balik awal sempena hari raya. Then blh pilih nk balik mlm tu jgk or Sabtu.

Usually raya pertama & kedua kami byk beraya rumah saudara mara habi sekitar Selangor & KL. Cepat aje masa berlalu itu mcm. Raya ke-3 dah gerak balik Johor pulak. Heeee...ini yg buat tak sabor sgt neh. Dh request kat mak buat siaran ulangan juadah raya hari pertama. Anak pelahap nie tetap nak merasa juadah raya orang Jawa taw! Tak puas makan rendang Minang sajok. Hahaha...mane la badan tak gedempol. Lagi mau susah hati =P

Haihhhh...otak fikir pasal nk raya aje dah. Habi pn dh selamat byr zakat fitrah utk 3 orang kat PKNS, Bangi Sabtu lepas. Moga Allah bg peluang tahun depan bayar utk ber-4 pulak. InsyaAllah. Berusaha!!! Be +ve. Jangan give up. Yakin boleh. He he he. Semalam tgk National Geographic "In The Womb" utk lion & cat. Rasa excited bile tgk sperma berenang-renang mencari ovum. Naurah pon sebok tanya ' itu ape tu bu?'. Aku jawab aje sperm tgh swimming cari ovum. Dia jwb balik ' sperm swimming?'. Ha'ah aku balas. Dia diam sambil ralit menonton while aku terkekek-kekek tak tahan nk tergelak =P

Buat-buat paham ajelah ibu....

Seperti juga ibu bapa yg lain, aku mengganggap anak aku adalah seorang budak yg bijak. Sometimes terlalu banyak soalan nya sampai aku rasa nak marah pon ada. Hehehe. I'm just a normal human being. Mengaku ajelah kan atas segala kelemahan. Lately aku rasa bersyukur sgt dgn kebijakkan & kepetahan Naurah. Dlm masa yg sama aku takut sekiranya Allah tarik balik segala kelebihan dia sebagai ujian kpd kami & orang disekeliling yg menyayanginya. Tak kira masa, bila aku teringat ttg nie, aku akan terus berdoa pd Allah rahmatilah budak nie, berikanlah segala kebaikan utk dia dunia & akhirat. Sesungguhnya aku memang sgt takut bila memikirkannya.

Dlm masa yg sama juga aku mengakui kebesaran & kekuasaan Allah terhadap hamba-hambaNya. Siapalah kita utk menolak takdir dariNya kan? What we can do cuma berdoa mohon segala yg baik-baik utk diri kita & orang-orang yg kita sayangi. Doa itu kan senjata orang mukmin. Sometimes kita terlalu asyik masyuk dgn segala kenikmatan yg ditawarkan dunia sampai kita lupa akan kepahitan & kesengsaraannya.

Moga Allah sentiasa tunjukkan jalan utk orang-orang yg bertaqwa.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat