Moody Mood

Takde mood nak merapu dlm blog. Maybe sbb ini first day puasa ganti di bulan Syawal kot. Rasa sangap semacam aje. Maklom ler dah 8 hari melantak ape saje yg didepan mata. Sampai uniform pon dah rasa ketat balik. Nak susut kena puasa sebulan. Nak menggemok bagi 8 hari je dah cukop -.-

Harapnya dapat istiqomah puasa ganti 4 hari bekerja utk minggu nie. Kemudian sambung minggu depan pulak. Samada sambung lagi 1 hari utk settlekan puasa ganti atau selepasnya tambah lagi 1 hari dgn niat puasa 6 or puasa utk 6 hari lagi utk itu. Kite tengok lah kemampuan tahun ni macam mana. Harap Allah permudah ajelah...

Lauk pauk kat rumah semuanya dah yillek. Ptg nie nak taknak kena keluar berbuka di luar pastu shopping lauk ler. Kalau tak dapor tak berasap ler seminggu. Malam td nak masak sardin pon dah takde stok. Sudahnya aku buat telur mata masak kicap. Pelik sbb habi bertambah pulak nasinya. Satu fenomena yg sgt jarang berlaku. Selalunya cedok nasi sepinggan aje dia dah kenyam taknak tambah. Semalam siap tanya ada nasi lagi tak? Maybe masak cincai boncai mcm tu lagi membuka selera kowt. Entah.

OK. Itu ajelah cerita nak share hari ni. Gambo raya dlm camera habi. Alorr...bkn ade muka aku pon. Cuma habi & Naurah aje. Now layan gambo Naurah dlm kete masa otw balik Sepang from Johor. Budak nie asyik kena puji comel aje bila dibawa beraya. Malangnya dia bkn budak yg mesra alam dgn orang yg dia tak biasa. So dpt tengok ajelah. Kalau dipegang kang dia buat la muka nak menangis dia tuw. Naurah...Naurah.....kdg bersalam pon dia tak mahu OK! Macam sombong pon ade. Ikot perangai sape lah tuw.....hurmmm....can u guess?









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat