Pahit Akan Manis Akhirnya

Tak tawu nak cakap samada kisah sedih, kelakar ataupon kisah gembira. Mesti ramai yg fikir ape punye peghak lar kompeni yg aku keje kt Cyberjaya neh bila aku cerita kisah ni. Whatever it is, aku cerita jugaklah sebagai catatan supaya tak lupa bile menjengah balik blog nie 20-30 years ahead nanti (kalau masih hidup). Takde niat yang jahat pon citer benda ni. It just another story that happen in my life =)

Aku start bekerja kat sini pd akhir tahun 2005. Senang kata akhir tahun nie genaplah 7 tahun aku bekerja kat sini. Takdelah lama mana pun. Belum cecah 2 angka pd aku tak lama lagi tuw. Kt opis nie pakai access card utk masuk dlm opis. Boleh kata merangkap kad pekerja sekali lah tuw kan? Malangnya for the past 6 years plus aku keje sini, card access merangkap worker card ID nie adalah kosong saje. Ianya semata-mata kad kosong yg kite kena tampal nama kita dgn kertas & salotape utk mengelakkan bila tercicir org taktawu milik siapa kadnya. Sadis kan? Hewheww...

Bukan ape....kompeni ni kat Cyberjaya. Kunun kt Cyberjaya nie kan semua kompeni berstatus MSC la kan? Tp klu ID card pekerja pon kosong aje takde tulis pape, tak ker menjatuhkan maruah kompeni sebenarnya? Kalau orang kata kompeni nie peghak, jgn nak marah pulak kan? Kerana itulah realitinya....

Pd management meeting yang lalu, HR membangkitkan issue card access hilang kena denda RM50 klu tak silap aku. Kat situ je aku dah mula rasa tak puas hati. Dah la setakat kad kosong gitu. Lagi mau caj mahal-mahal kalau hilang. Kad kosong gitu kalau cicir kat kedai luar pon taktawu nak pulang kt siapa. Cer kalau ada gambo pekerja pastu namanya & information sket kt belakang kad if hilang blh pulang kt mane so on, tak ker lebih memudahkan gitu?

So lepas berpakat & berbisik-bisik sesama kawan yg duduk dekat dgn aku waktu tu, akhirnya ada insan yg berani bersuara iaitu Kak Sherene yg mengusulkan pd management utk buat ID card yg proper utk semua staf yg hasilnya dapatlah dilihat dlm gambar dibawah. Thank you so much Kak Sherene sbb berani bersuara utk kami-kami yg dh sekian lama pengecut nie. Cakap belakang aje pandai...tp bile dibagi peluang nak berkata-kata, semuanya dok pandang sesama sendiri. Poyo kan?

Padahal issue nie bukan baru pon digosipkan dgn rakan kerja yg lain. Tp takde siapa yg berani nak bersuara & menegakkan keadilan. Cewahhh...keadilan ape ntah. Hahaha. Walaupon Kak Sherena dah resign & bahagia di kompeni yg much more better that here, jasa dia dlm bab kad access nie mmg akan aku kenang sampai bila-bila ^___^ Thanks sbb bagi kad raya kat kami jugak =)

Comey tak? hewheww

Tanggal 29/08/2012, ID worker yg proper telah berjaya diperolehi. Alhamdulillah =)

# lagu Pahit Akan Manis Akhirnya from Uk's menceritakan tentang hidup bermadu okay. mula2 pahit lama2 manis?? @__@





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat