Pilihan

Terima kasih Allah sebab puasa ganti hari nie rasa best aje =) Kat opis pon ramai yg berpuasa ganti/sunat Syawal. Bila masuk waktu Zohor, geng puasa pon sampai. Lebih awal mereka bersolat drp biasa. Alhamdulillah. Kdg seronok solat ramai-ramai dlm surau. Perasaan aku lar yg seronok tengok ramai orang yg lebih mengutamakan Allah drp hal-hal yg lain. Alah..aku pon bukan punctual sangat waktu solat neh. Kat opis boleh lah nak istiqomah bersolat sebaik saja masuk waktu. Tp kalau kat rumah tetap saja bz dgn hal duniawi. Kdg OK kdg KO. Ingat senang nak jadi muslimah sejati? Niat berkobar klu usaha takde pon tak boleh jugak. Hurmm....

Yg tak seronoknya bila ramai org dalam surau ialah bab bercerita. Bila sorang dah buka cerita, kdg kita pon tercerita sama. Tak sama mengumpat, dengar org mengumpat pon dapat dosa jugak. Kdg bersembang sampai menggangu konsentrasi orang yg nak bersolat pulak. Tak ker tak molek gitu? Makanya aku prefer solat sorang or tak berapa nak ramai spy tujuan ke surau utk solat tu tercapai sepenuhnya tanpa ada melibatkan sesi mengumpat & sebagainya. Sometimes tak tawu cerita hot kat opis pon tak apa. Biarlah orang kata tak campur org & tak ikot perkembangan semasa ke ape. Yg pnting kita dpt menjaga hal-hal yg dianggap enteng oleh sstgh orang neh. Dosa kecil kalau dikumpul-kumpul boleh buat hati kita gelap. So beware ajelah.

Kdg kita rasa diri kita ni dah cukup baik dah. Tak kaco orang, banyak buat hal sendiri. Paling kuat pon bercerita dgn kwn 1 dept. Dgn dept. lain tak amek port sgt. Jumpe tegur gelak gitu ajelah spy tak di chop anti social, sombong dsb. Kita fikir kita dah cukup down to earth dh ni. Tp kdg tetap akan ada orang bercerita yg tak enak-enak ttg diri kita. Tetap ada orang yg nak cari gaduh dgn kita. Kenapa yer? Pd aku, selagi kita hidup bermasyarakat, suka tak suka kita tetap kena terima hakikat walau sebaik mana pon kita rasa diri kita, orang akan tetap cari topik utk mengata. Baik org kata, jahat apetah lagi kan? Jadinya kita redha ajelah dgn hal-hal mcm nie. Namanya lumrah kehidupan. Bak kata AnaLyana kt twitter tadi " hidup umpama roda. tak selamanya kita diatas & tak selamanya kita dibawah ".

Gembira mendengar berita seorang lagi kawan mommy blogger sudah resign & akan jd full time housewife and student. Tahniah yer Dina! Dah tercapai cita-cita awak. Kite entah bila pula yerk? Perancangan tu memang dah ada, tp terlaksana bila tu masih tak dapat dipastikan. Agaknya mmg fikiran orang lahir tahun 80-an ke atas nie tak suka kerja lama-lama sampai pencen kot. Kalau boleh semuanya nak bersara awal asalkan ada pendapatan tetap bulanan. Tak kisahlah sikit pon asalkan tak perlu kerja. Best wo jaga anak kat rumah. Paling best kita tak terikat dgn masa bekerja. Boleh pergi sana sini urus itu ini ikot suka hati kita.

Lagi pulak yg jenis mcm aku. Kehendak tu tak besor mana. Kunun jer kihkihhh. Kehendak aku jd beso bila aku rasa aku boleh usaha utk dptkan benda tu. Kehendak aku bergantung pd kemampuan kewangan diri. Kalau dah tak keje sok, tak kuasa aku nak idam laminate floor kat rumah dgn kayu lamina. Mmg kena berjimat & beringat selalu ttg kewangan. Pandai-pandai lah kita adjust kehidupan kita kan? Masuk kadang kamben mengembek, masuk reban ayam berkokok. Sesuke hati aku je ubah perumpamaan..hahahaha...

Walau aku dah mula pasang anganan utk deco rumah jd lebih menawan, tp aku tahan napsu duniawi sebab tahun depan ada misi ukhrawi yg perlu diutamakan dahulu. Setelah bbrp tahun terpesong dari niat, its time to get back on track. And it looks like selagi cita2 nan 1 itu blm tercapai, misi nak resign pon semakin jauh meninggalkn aku dibelakang. Xpelah...sometimes kita kena sedar dgn kemampuan diri kita & akur dgn membuat pengorbanan dari beberapa sudut. Tak semua benda yg kita mahukan kita boleh dapat. Kalau nak yg itu, maybe kena lepaskan yg ini. Makanya aku redha & pasrah dgn ketentuan Allah. Moga jalan yg aku pilih adalah yg terbaik & mendapat keredhaan drp Dia. InsyaAllah.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat