Private Vs Gomen
Minggu lepas aku berdiskusi dgn exec kat sebelah ni. Tentang perempuan yg bersalin dgn doctor lelaki. Almaklomlah kawan tu bininya dah nak bersalin dalam sebulan dua nie lagi. So dia tanya pendapat aku tentang benda nie. Hewhewww.
Tidakkah dia tahu bahawasanya antara sebab utama aku memilih utk bersalin di hospital swasta adalah kerana takot if bersalin kt spital gomen tetibe waktu nak bersalin doctor lelaki yg menyambutnya? ^__^ Siryes aku malu weyh klu doctor lelaki tengok bahagian sulit aku neh. Pada aku itu hak eksklusif seorang isteri utk suaminya saja. Lagi pon aku berpegang pd masih ramai doctor wanita kat Malaysia nie yg boleh menyambut kelahiran anak. Kita bukan dlm keadaan darurat utk terpaksa biar doctor lelaki yg sambut kelahiran anak kita kan?
Duit yg habis boleh dicari. Siryes aku sanggup jual barang kemas aku utk membolehkan aku bersalin dgn doctor muslimah wanita. Memang aku takkan fikir banyak pon. Paling koman setahun sekali aje pon kita bersalin kan? Bukannya setahun 2-3 kali. So bila kita dah set kat otak nak bersalin kat private, maka bolehlah kumpul duit drp skrg. Ianya bukan sesuatu yg mustahil terutamanya bg mereka-mereka yg berpendapatan sederhana mcm aku & habi.
Ada yg rasa tak berbaloi sebab sakit nak bersalinnya tetap sama walau kat mana pun bersalin. Well, ini pendapat masing-masing lah. Terpulang. Pd aku layanan yg baik drp nurse & doctor sangat membantu waktu kita tgh tak bermaya & sakit disana sini. Senyuman yg manis & kata-kata yg lembut dpt menghilangkan serabut di otak berfikir ttg yg tidak perlu. It was a very nice experience & lebih-lebih lagi bila ayat Quran sentiasa dipasang di dalam bilik. Kita jd tenang & relax. Mengingati Allah itu memang sentiasa.
Kita juga akan dilayan dgn penuh sopan sbg sorang muslimah. Tidak sewenangnya bahagian sulit kita terdedah & dilihat. Walaupun aku nie tidaklah baik mana, tp aku mengambil kira tangan orang yg akan menyambut kelahiran anak aku. Biarlah tangan pertama yg memegangnya merupakan tangan seorang muslimah yg baik & penuh dgn sifat keislaman. Aku mengambil contoh drp kisah bayi-bayi yg dipertemukan dgn Nabi SAW utk mendapat keberkatan. Dgn harapan anak itu apb besar nanti baik & elok budi pekertinya. InsyaAllah.
Aku berpengalaman dgn kedua doctor di hospital An Nur, Bangi. Keduanya mmg menerapkan unsur islamik dlm menjalankan tugas. Ini membuatkan kita yakin pd pergantungan diri kpd Allah. Bila Doctor Fatimah sambut Naurah masa di lahir, seronok bila kita lihat dia memulakan proses kelahiran dgn bismillah, memberi salam kepada baby & mengucapkan alhamdulillah. Proses utk mendapatkan anak yg baik bermula drp anak masih dlm kandungan ibu, sehinggalah pd tgn yg menyambutnya seterusnya cara kita membesarkan mereka. Semuanya berkait rapat atr satu sama lain. This is what i believe.
Betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Kitalah yg mencorakkan anak kita samada dia pd akhirnya akan masuk ke Syurga mahupun Neraka. Semuanya bermula daripada kita.
Kepada parents yg berkemampuan & boleh berkemampuan dgn usaha, marilah kita sama-sama cari doctor wanita muslimah utk menyambut kelahiran bayi kita. Ianya sama penting seperti segala keperluan utk kita hidup kat dunia nie. Sometimes aku pelik dgn orang yg mampu tp tak ambil endah ttg proses kelahiran anak nie. Kita mengaku kita sayang pd anak, tp kita tak sanggup nak membelanjakan duit utk kelahiran yg sekali dlm hidup mereka. Bukankah kelahiran anak itu sesuatu perkara yg besar bg diri kita?
Suami yg baik juga pastinya mahukan yg terbaik utk isteri & anaknya. Apalah salahnya jika ada duit lebih, bawak wife bersalin kat private. Mesti wife happy kan? Boleh dikatakan ianya hadiah juga utk isteri yg membawa anak kehulu hilir selama 9 bln. Mmg la bersalin itu tetap akan sakit. Tp klu blh diringankan sikit sakitnya, bukankah lebih baik. Ia juga sbg tanda suami menghargai kesusahan isteri. Ini ada pulak suami yg pentingkan nak make over kereta sempena nak raya. Habis beribu riban tak ape. Haihhh....kecewa betol rasanya klu dpt suami yg mcm tu +__+
Suami yg baik juga pastinya mahukan yg terbaik utk isteri & anaknya. Apalah salahnya jika ada duit lebih, bawak wife bersalin kat private. Mesti wife happy kan? Boleh dikatakan ianya hadiah juga utk isteri yg membawa anak kehulu hilir selama 9 bln. Mmg la bersalin itu tetap akan sakit. Tp klu blh diringankan sikit sakitnya, bukankah lebih baik. Ia juga sbg tanda suami menghargai kesusahan isteri. Ini ada pulak suami yg pentingkan nak make over kereta sempena nak raya. Habis beribu riban tak ape. Haihhh....kecewa betol rasanya klu dpt suami yg mcm tu +__+
Mungkin di masa depan aku akan termasuk dlm golongan yg tidak mampu utk bersalin di private. Tentu sekali aku akan berasa amat sedih tetapi akur dgn adat dunia. Apa yg termampu cuma berdoa pd Allah moga waktu kelahiran baby nanti biarlah disambut oleh doctor wanita muslimah. Moga Allah permudah. Amin ya rabbal alamin.
# suami tak kisah ke klu doctor lelaki yg sambut kelahiran anaknya?nampak aurat isteri?hurmmm....walau habi tu sama mcm aku takdelah beriman mana, tp dia particular jugak bab-bab aurat bininya neh. umat Islam seluruh dunia wajib mencari yg halal. bkn hanya terhad pd makanan saja kan?
# exec kt sebelah akn bwk wifenya bersalin di private. Pusrawi KL. alhamdulillah.