Resipi Ikan Bakar Sambal Kunyit

Nak letak tray kat bawah sikit. Tapi susah ler pulak. Maklom ler first time...ekekeke

Hasilnya. Tu yang takde sambal tu Naurah punye kohfsss

Ehehemmm....kena clearkan tekak dulu sebelum menulis entry nie. Inilah resipi pertama dlm blog nie yg menggunakan kaedah kukus, gril, panggang. Eyhhh..salah. Panggang je kowt. Hahaha. Hasilnya tersangatlah mabeles you all. Aku pon tak sangka hasilnya sedap bangat macam beli kat kedai yang jual lauk sedap-sedap. First time buat resipi nie & its totally recommended. Siapa yg ada oven, boleh lah try buat yer. Ecehhh....rasa nyampoh je korang baca ayat tu kan? Hakhak

Ok. Enough of the ramblings, lets start the recipe with the ingredients.

Ikan kembung 6 ekor
Cili kering - kisar
Cili padi/burung
Serai 2 batang
Halia
Daun kunyit - digunting halus/bbrp helai susun atas tray pembakar
Asam jawa
Bawang besar
Bawang putih
Santan
Gula
Garam

1. Ikan kembung di lumur kunyit & garam. Biarkan seketika.

2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, serai & halia.

3. Tumis bahan yang dikisar & masukkan cili kering. Bila sambal dah masak, tuangkan asam jawa diikuti dgn santan. Tak payah banyak sangat sebab tak elok utk kesihatan hehe. Suku santan kotak yg kecik tu aje. 

4. Bila santan dah pecah minyak, masukkan gula dlm 2 sudu makan & garam secukupnya. Tutup api.

5. Susun daun kunyit atas tray pembakar. Letakkan separuh sambal tadi & sapu rata. Susun ikan kembung yg dah dilumur garam & kunyit atas sambal & tuangkan baki sambal atas ikan.

6. Dengan suhu oven 200 darjah celcius, api atas bawah & tetapan masa 40 minit, ikan anda akan masak dgn cukup baik & tidak terlalu kering.

Selamat mencuba!


# rasanya dah boleh start beli loyang larrr hiksss
## first time masak sambal letak santan
### habi kata rasanya mcm ikan percik bakar




Popular Posts